Wednesday, March 05, 2008

Ignorant Jeg, sadistic Jeg

Hebat bergebang sembang politik, rupa-rupanya aku tak boleh mengundi tahun ni!

Kencang sembang politik bak kata Smq, rupa-rupanya aku kena isi Borang A dari HICOM untuk daftar sebagai 'postal voter' sebelum diberi 'ballot' untuk mengundi, seperti mana yang aku baca dari email HICOM ini.

Hari ini aku berbaju jersey Arsenal... duduk-duduk di dalam tube ke London Bridge untuk bertemu "kawan-kawan" graduan Cass. Ada pula seorang budak berbangsa Inggeris yang kugelar "Bloody-annoying-yob-kid" memaki hamun Arsenal tatkala dia lihat lambang Arsenal gah di snowcap-ku. Dia fikir aku tak paham bahasa penjajah ini. Dengan rasa bangga, aku membuka jaket pula menayang jersey Arsenal dan dia hanya tersenyum tension dan ketawa kecil melihat aku yang tak ter-intimidated langsung dengan gertakan pondannya.

Kemudian sempat pula dia mengutuk telinga-ku yang besar apabila aku membetul-betulkan snowcap aku. Kakaknya pula buat endah tak endah seolah-olah dah lali dengan perangai bangsat adiknya.

Padahnya, penumpang-penumpang yang ada di situ menyuruhnya diam. Dia menunjuk perasan menumbuk-numbuk pintu gerabak seolah-olah dialah Mike Tyson Albino. Aku rasa dia cuma berumur 11 tahun. Mungkin lagi muda! Inilah dia harapan negara mereka.

Oh maafkan kata-kata aku kali ini. Aku agak stress dengan perlakuan "kawan-kawan" graduan di Southwark Cathedral tengah hari tadi.

Aku sebenarnya malas hendak bertemu mereka kerana tidak mahu memonteng kelas Vanina Italia di mana kehadiran diambil kira markah "participation". Tapi tanpa diduga, aku pon tak tahu kenapa kufikir kelas bermula pukul 11pagi padahal 12 tgh hari seperti biasa. Lagipun, "A" menelefon aku tatkala aku sedang mengikat kasut ke sekolah mengajak aku bertemu mereka. So, nak dijadikan cerita, aku pon terpujuk ajakan "kawan-kawan" graduan, alang-alang Jubilee Line terus ke London Bridge ke Southwark Cathedral, tempat mereka menerima skrol MSc/Pg Dip Actuarial Science.

Sampai di sana, aku menunggu hampir sejam. Tapi mereka tidak keluar-keluar juga. Aku pon hairan, jam dah menunjukkan pukul 12.24pm dan ramai sudah graduan yang lain keluar dari gereja itu. Berkali-kali aku menelefon "A" untuk mengajak rakan-rakan keluar dari gereja dan ambil gambar di luar pula. Aku tak boleh masuk ke gereja itu bukan kerana aku ini Muslim ekstrim, tetapi aku tidak ada tiket sebagai tetamu jemputan.

Namun, alhamdulillah bertemua juga aku dengan rakan se-sekolah yang kuanggap tidaklah rapat sangat seperti Ratih dari Indonesia, Ikhwan pemain Seven Kings, Arshad dari India, Sarimah yang kuhanya dapat lihat dari jauh, Gary dan aweknya, Dhruv dan beberapa awek Cyprus yang pernah ku-usha tahun lepas. (usha dari jauh je aku tahu kemampuan aku).

Kemudian tanpa berputus asa, aku call "A" lagi dan bertanyakan status. Katanya, "kawan-kawan" graduan yang kuanggap rapat itu masih sibuk mengambil gambar di dalam dewan. Ku bentak "why are you guys busy taking pictures inside when it's so bright and sunny outside".

Padahal dalam hati: Korang dah tahu aku menunggu macam Bendul Baru kat luar sejam lebih apsal tak reti-reti nak keluar? Bukan korang ke yang beria-ria mengajak nak jumpa aku pagi tadi?

Last-last aku give up. Orang tahu aku ni pantang diperbodohkan, diperlekehkan, dibiarkan keseorangan macam tunggul kayu menunggu Datin-datin dan Datuk-datuk yang tengah sibuk bergambar bagai artis seperti Anak Pontianak di dalam bilik air bersama boyfren Melayu bersubang. Memang aku sangat pantang menunggu bagai orang bodoh keseorangan aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana one of my worst nightmare is dying alone.

Aku call "A" dan terus berkata yang aku tidak mampu menunggu lagi. Sempat juga aku lemparkan kata-kata sinis tapi "man-man" dan aku pon cabut. Kemudian, macam-macamlah yang aku bayangkan dan anggapan aku lontarkan kepada mereka.

1. Mungkin sebab aku ni Melayu. Mereka kesemuanya berbangsa Cina tidak kiralah mereka ini dari Malaysia atau China atau Hong Kong.

2. Mungkin mereka hanya ajak-ajak ayam.

3. Mungkin rakan "P" cuma menganggap aku ini kawan apabila dia boleh menggunakan aku.

4. Mungkin aku ini bukanlah siapa pun. Just another guy so that I can become their cameraman.

Tetapi cukuplah sekadar kemaafan yang dipinta "A" sudah cukup bagi aku. Aku tahu dia mahu berjumpa dengan aku. Dan aku tahu dia seorang kawan yang baik. Tetapi mungkin dia terperangkap bersama rakan-rakan sebangsa yang lain dan dia beranggap aku pun sudah lewat ke kelas menyebabkan dia tak keluar-keluar dari gereja itu.

Betullah cakap "M" dari KMYS,

"Sometimes you tak bleh nak anggap orang ni kawan baik you, padahal orang anggap you kawan biasa aje. So don't lah over-do these things."

Well, for me, this is a clear evidence of disrespect. (that's quite obvious innit?)

Kalau aku Dato' A surely diorg akan hambat keluar gereja terus junjung, jilat dan sembah aku untuk menggunakan aku lagi!

Inilah dia politik:

1. Tidak boleh lari daripada aspek perkauman dan berkelompok satu kaum.

2. Bila kamu berkuasa, baru orang akan sanjung (dan jilat)

3. Beranilah berpolitik, beranilah berhati kering memakan/menyakiti kawan.

4. Yang tidak penting, kita buangkan sahaja!

5. Alone you are weak... and angry. You want to change the nation you have to work together.

Last but not least....

6. Gunakanlah kawan bila anda dalam kesusahan.

Next entry I will talk about Kisah Tong Taik pulak...

P/S: Ratih yang enggak rapat dengan ako pon mahu bergambar sama ako. Mana mungkin aku berdiam aja!

No comments: