Friday, July 17, 2009

Zakat

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Ada 8 asnaf zakat iaitu:

Fakir - orang yang tidak mampu bekerja untuk sara diri

Miskin - orang yang mampu bekerja tetapi tidak cukup untuk sara diri

Amil - pengurus zakat - gaji pengurus zakat, no bonus, gaji seadanya (more like non-profit organisation punya gaji)

Muallaf - Orang yang baharu memeluk Islam. So jangan lupa yang baru memeluk Islam, anda layak menuntut zakat.

Riqab - Hamba yang menebus dirinya dengan ansuran. Zaman sekarang dah takda hamba. Amalan memerdekakan hamba sangat popular pada zaman nabi dan zakat telah digunakan untuk tujuan itu.

Gharim - orang yang menanggung hutang dan tak dapat selesaikannya. Bukan hutang beli motor, kereta atau rumah. Zakat digunakan untuk counter Riba'. Orang muflis boleh apply mintak zakat. Company muflis takleh lah kot. Kena ikut company's act la.

Fiisabilillah - orang yang berjuang ke jalan Allah. Bukan Al-Qaeda. More towards jihad dalam memantapkan diri dan menegakkan syiar Islam. For example pendidikan, bina sekolah etc.

Ibnu Sabil - Musafir yang merantau dan putus bekalannya. Pusat zakat Selangor offer tiket penerbangan balik bagi golongan ini. Open to loopholes, tapi ko tau lah keji tak keji manusia can be. Pusat Zakat boleh je investigate lebih lanjut.

Nota: Proses permohonan zakat di Malaysia sgt tedious. Kena isi borang la apa la. Kadang2 tu, tak adil rasa kita tgk org yang memerlukan bantuan perubatan tak dapat terima zakat kononnya tak layak digelar fakir miskin. Be logical. Kalau org tu tak mampu bayar, maknanya dia boleh digolongkan dalam konteks gharim.

Pusat Zakat Selangor kutip zakat RM100 Juta setahun. Tetapi agihan pula taktau bagaimana. Bukak statistiks diorg jumlah kutipan ada, jumlah agihan tiada. dodgy? husnuzon lah takat ni. tp Pusat Zakat satu Malaysia kena:

1. transparent (tunjuk semua stats - jumlah kutipan/jumlah agihan lengkap)
2. tunjuk gaji pengurus zakat - setaraf corporate ke non-profit organisation?
3. satukan tabung satu malaysia, sebab org Selangor (ramai kaya) boleh tolong org kelantan (ramai miskin). So i guess takda isu kutipan berlebihan daripada agihan.
4. tabung/dana pusat zakat MUST be Pay and Go (which means, Pusat Zakat should not be allowed to INVEST the money)

Wallahualam.

No comments: