Wednesday, June 11, 2014

Babi Punya Hal

Bila bercakap soal khinzir dalam makanan, penulis teringat tentang suatu ketika dahulu apabila angin London sepoi-sepoi bahasa membawaku berjumpa dengan seorang kenalan kolej dari masyarakat Tiong Hwa. Kami bertemu sejak di bangku sekolah di Lembah Beringin lagi dan pertemuan kami di Leytonstone itu bertujuan merapatkan hubungan yang telah lama terputus. Andrew, mempelawa aku masuk dan berseloroh memberitahu yang dia sedang masak sesuatu untuk makan tengahari.


Bersangka baik, aku tidak mengesyaki langsung dengan persoalan jika makanan yang dimasak itu halal. Bagaikan sudah terbaca gerak hati aku, Andrew berkata yang daging ayam yang dia masak dibeli di kedai “Halal Butcher” di bawah. Beliau kemudian menambah yang dia sendiri tidak gemar memasak daging khinzir sendiri di rumah kerana “daging khinzir susah dimasak”. Aku kekok mendengar pengakuan dia ini tetapi yakin umum diketahui daging khinzir bahaya jika tidak dimasak dengan sebetulnya.


Beberapa minggu dahulu, negara Malaysia telah digemparkan dengan keputusan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap dua produk Cadbury yang mengandungi kacang. Dua produk tersebut telah didapati mengandungi porsin, bahan yang berasal dari khinzir. Sampel produk yang tidak mengandungi kacang tidak mengandungi porsin. Sampel-sampel berkenaan diambil terus dari kedai.


Cadbury Malaysia telah terus menarik balik kumpulan dua produk ini dari pasaran tetapi gagal memohon maaf kepada pengguna khususnya yang haram bagi mereka untuk makan khinzir atau sebahagian daripadanya. Saya tidak sebut penganut agama Islam secara spesifik kerana vegetarian juga hanya boleh memakan coklat yang bertanda “V”, - “suitable for vegetarian” dan lumrahnya mereka juga perlu bangkit dan marah dalam keadaan yang tidak disangka ini.


Nah, tiba pula sekumpulan NGO Islam yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada syarikat Cadbury Malaysia, meminta mere bayar pampasan berates juta ringgit untuk “mencuci darah”. Sehari selepas itu, seorang ulama dari JAKIM telah disalah-erti oleh segolongan media yang coklat-coklat tersebut “still halal”. Ramai rakyat Malaysia, seperti biasa, terus berasa bingung. “Halal ke tidak ni? Kejap halal, kejap tidak!” bentak seorang.


Saya yang ketika itu berpeluang mengikuti perkembangan ini terus menerangkan yang ulama itu bermaksud kepada coklat-coklat yang TELAH dimakan, bukan yang sedia ada yang telah disahkan secara saintifik mengandungi porsin. Maksud beliau, jika telah makan produk itu, kerana ia sesuatu yang tidak disengajakan, perbuatan tersebut tidak berdosa dan tidak perlu pun “cuci darah”, menyanggah kenyataan makcik di dalam video Malaysiakini itu.


Selang beberapa hari, datang pula pihak JAKIM melalui makmal tersendiri menolak penemuan porsin di dalam dua produk tersebut. Namun yang peliknya, makmal Kementerian Kesihatan telah dilabel terus oleh seorang menteri sebagai “makmal yang tidak diiktiraf”. Perkara ini seolah-olah tindakan spontan bagi menyelematkan kepentingan pihak-pihak tertentu di dalam Cadbury. Namun, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sudah tidak yakin lagi dengan Cadbury. Saya sendiri akan cuba mengelak daripada membelinya. Mungkin juga berlaku kontaminasi, mungkin juga tidak. Rakyat Malaysia semakin bingung.


Selang beberapa hari kemudian, muncul pula kenyataan oleh seorang Syeikh dari Mesir (tetapi dibuang negeri ke Qatar) dan kenyataan ini disebut sebagai fatwa, yang gelatin babi di dalam makanan halal dimakan. Ulama ini tersohor dimata rakyat Muslim Malaysia dan dia juga terlibat dalam menyokong seorang ahli politik pembangkang dengan secara yakinnya menyebut pemimpin itu sebenarnya difitnah.  Bukan kerana hakikat ini saya menyelar fatwa auta yang telah beliau lakukan bersama-sama segolongan ulama yang lain berkenaan halalnya gelatin babi dalam makanan.


Hanya para nabi merupakan golongan manusia yang bergelar maksum, di mana perbuatan yang silap ditegur terus oleh Allah S.W.T, melalui malaikat yang menyampaikannya. Bukanlah para ulama moden mahupun kuno. Betul, ulama juga dikatakan waris nabi. Tetapi bukankah AL Quraan dan Hadith Sahih itu wasiat baginda? Jelas yang manusia boleh melakukan kesilapan, termasuklah para ulama. Dalam perkara ini, ulama dari Mesir itu telah silap, termasuklah yang menyokongnya, seorang bekas Mufti di Malaysia.


Jika kita amati dari surah Al-Maidah ayat ke-3 dan surah Al-An’am ayat 145, jelas yang khinzir itu haram dimakan. Porsin itu berasal dari khinzir. Sama ada berubah sifat fizikal atau kimia, ia tetap berasal dari khinzir. Jadi soalan saya, ada lagikah masyarakat yang beragama Islam di Malaysia mahu makan makanan yang sebahagiannya berasal dari khinzir? Saya tidak peduli sebenarnya. Lantaklah jika Melayu itu lumrahnya degil. Yang saya kisah sekarang ni, para ulama “moden” yang membawa nama Islam, tidak perlu lagi untuk berkhayal dan memberi “fatwa” tersendiri yang jelasnya bertentangan dengan Islam. Khilaf kata sesetengah pihak. Tetapi yang jelas di dalam Quraan atau hadith sahih itu, takkan khilaf juga?

6 comments:

Ahmad D said...

Jabir b. 'Abdullah reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) took hold of my hand one day (and led me) to his residence. There was presented to him some pieces of bread, whereupon he said: Is there no condiment? They (the members of his household) said: No, except some vinegar. He (the Holy Prophet) said: Vinegar is a good condiment. Jabir said: I have always loved vinegar since I heard it trom Allah's Apostle (may peace be upon him). Talha said: I have always loved vinegar since I heard about it from Jabir. (Shahih Muslim)

If you can do some research on the history of vinegar, how it was made during the days of old, it is actually at one time in a form of alcohol (simply put it as wine), but it has transformed (without any outside disturbance) into what we called as vinegar.

And in Islamic term, this process is called istihala. Every ulama agree with this, but there are khilafs in how the process actually happens.

As a person who says that istihala is a made up concept created by ulama's, are you saying that the Prophet Muhammad (PBUH) committed sin for consuming something that was once alcohol/wine?

It is also written in the Quran that consumption of wine is also prohibited, am I not right? Read back the Quran, and see which is more sinful in the eyes of Allah, whether consuming wine or swine.

"People only want to see what they want to see". That is the best word to describe you. You don't even make any effort to study the concept first. All you know is to say "This man is wrong! This man is wrong! This man is wrong!"

Pity really.

Azeem said...

You are mistaken in your interpretation of the Quranic verses that forbids the consumption of Pork. لَحم الخنزير. Note the word means flesh of swine and it is repeatedly mention as flesh of swine. Lets for a moment accept the argument that to be on the safe side one should abstain from anything that is related to the Pig, then by that logic Muslims should be vegetarians as consumption of blood is also prohibited in Islam. However there is an ayat that explains that it is forbidden to consume flowing blood. So it seems that not all forms of blood is prohibited.
In the same vein Allah has said that what is forbidden is flesh of swine and that alone.If Allah intended to forbid everything connected with the swine he would have said so. So leather, bone. fat, gelatin , insulin, heparin and many other products from the pig are not prohibited.
In surah 16:115 the prohibition of flesh of swine is mentioned for the final time in the quran and the very next ayat( 16:116) Allah sends a warning "And do not say about what your tongues assert of untruth, This is lawful and this is unlawful, to invent falsehood about Allah ".
Don't take my word for it, it's all there in the Quran.

Jeg Hui said...

Dear Azeem,

So what about hati babi? Limpa babi? Peparu babi? Kote babi? Telur babi? Lidah babi?

BOLEH MAKAN KA?

Azeem said...

If you like to eat the above organs go right ahead. They are not meat just like when you ask for a kilo of cows meat I'm sure the butcher will not give you, LImpa, hati. kote, telur etc . I hope this answers your question.

Jeg Hui said...

LOL. It was a rethorical question. Of course they are haram. They are unclean.

azeem said...

Well if you fervently believe in what is not mentioned in the Quran, go right ahead. I have quoted you the relevant verses so that you can read and understand . However if you chose to remain ignorant what can one do.