"Wallahi, Wabillahi, Wataallahi.."
Begitulah kata-kata yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu pembunuhan kejam warga Mongolia cantik jelita Altantunya Shaaribuu di mana
beliau telah bersumpah tidak pernah berjumpa atau mengenali gadis itu. Ia dilakukan di hadapan 191 ahli bahagian UMNO Khamis lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Hampir sebulan lepas Raja Petra telah membuat akuan bersumpah (Statutory Declaration) yang isteri Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah berada di tempat kejadian di mana Altantuya diletupkan hidup-hidup. Sesuatu yang saya rasa tidak selamat untuk dilakukan kerana setakat Raja Petra mendengar laporan daripada sumber yang dia percayai dan terus dia bersumpah.
Ia seolah-olah mengiyakan perbuatan gossip atau khabar angin dan terus mempercayai dan bersumpah. Seolah-olah kita dengar daripada seseorang tentang aib/fitnahan terhadap orang lain dan terus mempercayainya dan seraya bersumpah!
Kemudian wujud pula Pengakuan Bersumpah PI Bala bahawa Najib mempunyai hubungan seksual dengan wanita Mongolia itu tetapi menarik balik kemudiannya.
Isu
sparring atau pertelegahan di antara bekas Timbalan Perdana Menteri dan Najib telah berjaya membuat saya berasa muak dengan keadaan politik di Malaysia. Walhal ada jalan yang sebaiknya untuk tidak mempersendakan atau memfitnah orang lain demi mendapat kuasa pemerintahan. Ini adalah perkara yang sangat memalukan dan mereka ini kesemuanya saudara Islam...
Kemudiannya kes liwat pula timbul. Bagaikan
deja-vu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sekali lagi dilibatkan dengan kes liwat. Cabar-mencabar telah dibuat antara pengadu Mohamad Saiful Azlan Bahari dan Datuk Seri Anwar. Pengadu mencabar Anwar untuk bersumpah di hadapan mufti atau ulama (mubalahah) di laman web Friendster nya dan disokong oleh tunangnya.
Anwar pula berdalih dan menyatakan perlu ada empat orang saksi untuk mengesahkan bahawa isu liwat itu betul-betul berlaku.
Dalam keadaan politik fitnah yang dipelopori segelintir
bloggers di Malaysia ini, saya sudah menjadi buntu sama ada mahu percaya atau tidak Anwar ini betul-betul bersalah atau tidak dalam isu liwat ini. Tidak tahu lagi untuk mempercayai siapa.
Namun, apa yang saya lihat ialah, jika benarlah Anwar tentang pendiriannya, maka mengapa takut untuk bersumpah sepertimana yang dicabar Saiful? Saya juga sendiri amat skeptik terhadap Saiful yang saya rasakan seorang pemuda yang mahu menjadi 'hero' kononnya, mahu menikam Anwar dari belakang.
Tetapi saya masih ternanti-nanti Datuk Seri Anwar bersumpah dengan Al-Quraan di hadapan saksi yang dia tidak terlibat langsung dalam isu liwat ini. Dia juga gagal memberi keterangan di balai polis mengenai isu ini dengan alasan berasa 'intimidated' dan 'harrassed' daripada pihak polis.
I thought you said you are a fighter?
Berani kerana benar, Datuk Seri. Dan Allah sentiasa bersama orang yang benar. Dan jika benar Datuk Seri berkata benar, bersumpahlah dengan nama Allah. Tidak salah pun. Asalkan rakyat boleh berasa yakin terhadap apa yang kamu katakan khususnya orang-orang Islam.
Saya juga yakin setelah Datuk Seri Najib bersumpah tempoh hari, ramai umat Islam di Malaysia akan lebih yakin tentang kebenaran yang dinyatakannya. Atleast he has done something to assure the rakyat about his non-involvement in the murder case.
Anda bila lagi?
The way I see it, Najib has the upper hand now. Najib 1-0 Anwar.
Whatever it is, I still think Malaysia has got no true leaders at the moment.