Thursday, July 01, 2010

Makan angin, YB?

Sudah lama agaknya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia. Terpanggil pula untuk mengarang dalam bahasa tercinta ini. Almaklumlah, sudah agak lama berjauhan dari negara kelahiran. Lagipun elok juga berlatih menulis dalam bahasa ibunda ini agar tidak kekok apabila pulang ke tanah air nanti.

Saya baru-baru ini telah menerima sepotong undangan melalui kiriman e-mel ke Perasmian 'Friends of Pakatan Rakyat'. Bulat-bulat saya sudah tolak pelawaan itu. Bukanlah apa, sekadar mengingatkan diri agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik dalam waktu ini. Teringat juga ketika dahulunya saya dijemput bermain pertandingan bola sepak dan berkali-kali saya memberitahu pihak UMNO London supaya tidak mempolitikkan sukan. Dalam masa yang sama, semua rakyat Malaysia di kota si hidung tinggi berkaki panjang ini akan lebih berminat untuk bermain tanpa dicop 'orang UMNO'.

Saya ada bertanyakan saudari Nurul Izzah secara sinis adakah Parti Keadilan Rakyat kini sudah begitu kaya sampaikan program ini perlu dianjurkan di dunia asing ini? Beliau begitu cepat membalas secara 'defensive', bak kata orang putih, dengan menyatakan 'tiada siapa yang paksa saya hadir ke majlis itu'. Sabar-sabar lah kakak oi! Baru dicuit sedikit, terus mahu melatah? Saya ini bukan siapa-siapa pun. Cuma seorang rakyat Malaysia yang risau jika gelombang baru ini kini mahu mengikuti perangai gelombang lama pula.

Lagipun kami di sini tidak mengundi pun. Malah, kami tidak membayar cukai kepada kerajaan Malaysia pun. Yang bekerja di sini, tidak boleh mengundi pun.

Jadi, saya cuma nak tahu. Adakah berbaloi kehadiran para Yang Berhormat di sini untuk rakyat di Malaysia? Bukannya saya nak halang. Cuma takut-takut perangai suka jalan-jalan makan angin 'oversea' ini menyelinap masuk pula dalam badan 'suci dan murni, nyah korupsi' tuan-tuan dan puan-puan pula.

Dahulu bukan main mengutuk gelombang lama suka berjalan makan angin pakai duit rakyat, membeli-belah Dolce Gabbana, Gucci atau Prada. Kumpulan berbadan tegap berkaca mata hitam kiri dan kanan pun mendapat saguhati masing-masing seperti topi GAP. Walaupun murah di waktu 'Summer Sale' ini, janji GAP, bukan GAGAP buatan Indonesia. Tetapi selalu sangat gelombang baru ini hadir di sini. Apakah tujuan sebenarnya?

Macam saya cakap, bukannya tak bagi... Tapi cerita-lah supaya rakyat yang mahu keadilan dan perubahan ini tahu yang gelombang baru ini bukannya dua kali lima. Apabila ditanya, yang mampu dijawab ialah "apa jawapan sekalipun nampaknya tak memadai untuk saudara. Tentunya banyak lagi yg dirancang".

Mengapa begitu 'defensive'? Apa yang mahu disorokkan? Saya ini bukanlah seorang ahli SB, PERKASA atau UMNO. Walaupun nama ayah saya Abu Hassan, tetapi beliau bukanlah bekas Menteri Besar Selangor. Jika rakyat tanya soalan yang susah-susah sedikit, cepat pula melatah dan ada menganggap kami ini 'khadam' atau penyokong UMNO pula. Habis tu, takkan nak setuju sahaja dengan gelombang baru ini seperti sang memerang dungu?

Sambil menyelam, minumlah air. Ya, seperti seekor memerang!

Jikalau hadir semata-mata kerana 'Friends of Pakatan Rakyat' yang bakal dirasmikan di kota yang gah, hebat, penuh riang-ria London ini, maka apakah faedah kepada rakyat di Malaysia yang membayar zakat, cukai dan mengundi? Apakah 'Greater Kuala Lumpur' tidak cukup hebat seperti 'Greater London' yang sebenarnya agak 'dodgy'?

Setakat detik ketika ini, YB Nurul Izzah masih gagal menjawab soalan ikhlas saya di Twitter.

Azrul Abu Hassan @ Jeg Hui

18 comments:

Anonymous said...

Aku ingat org duduk UK dah betul otak fahamannya mengenai sistem demokrasi...rupa-rupa kau ni masih lagi diawangan...ooo...patut la keluaran MARA katakan mestilah lebih Melayu dari Malaysia.

Ala kalau jaguh Melayu balik lah Malaysia jangan dok kat UK tu...acturial science kau tu tak la sehebat mana sangat bagi org UK...ramai Poland boleh ganti kau...

Hamblau

Madeku367 said...

kalau anta benar2 hebat pendokong demokrasi, awat hang marah kat cheq plak dok tulih lagu ni? LOL.

zafi said...

saya suka tulisan anda! terbaca di sisipan Malaysia kini. sinis? :) nice entry anyway! :)

Madeku367 said...

a pleasure bro. a pleasure.

Mathematician said...

(samb.)

6. Bila nak pulang berbakti di Malaysia? Berapa lama lagi masa yang tuan perlu untuk layak sebagai fellow actuary?
Saya suka dengan pemikiran kritis tuan. Saya cadangkan tuan bersama UMNO apabila tuan pulang ke tanahair for good.
Kalau tuan nak mengubah yang korup, ubahlah dari dalam parti. Bercakap dari luar, seumpama anjing meyalak bukit.
Mereka yang korup di dalam UMNO lebih suka rakyat seperti tuan tidak menyertai UMNO kerana ahli UMNO yang berpemikiran kritis hanya akan menjejaskan peluang mereka untuk mengaut kekayaan negara ketika dalam parti.

Jika tuan benar-benar memikirkan tentang kemaslahatan dan kemandirian kaum Melayu, berjuang di luar UMNO hanyalah seumpama menyelak kain emak sendiri. Bukan semua perkara boleh didedahkan atau di"telus"kan.

Fahamilah perlembagaan negara sepenuhnya dan ketahuilah gerakan dan ancaman di dalam dan dari luar negara terhadap kerajaan Melayu di Malaysia. Saya tak sanggup memikirkan andaian kerajaan Melayu sekarang ini dicatat dalam buku sejarah seperti kerajaan Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara dan Melaka.

7. Oh, nampaknya tulisan saya hampir sama panjang dengan entri tuan.

Mathematician said...

Tuan Jeghui,

1. Dalam Bahasa Melayu kita tidak menggunakan penjodoh bilangan "SEPOTONG" untuk undangan. Selalunya kita gunakan SEBUAH UNDANGAN atau memadai dengan SATU UNDANGAN.

Yang menggunakan "SEPOTONG" undangan mungkin bahasa Indonesia. Anwar Ibrahim agak pakar dalam hal bahasa negara seberang. Tuan boleh merujuk kepada beliau.

2. "Yang bekerja di sini, tidak boleh mengundi pun." Adakah tuan pasti? Mohon supaya tuan semak dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Sila rujuk sini: http://www.spr.gov.my/index_files/pendaftaran_pemilih/pendaftaran_pemilih.asp

3. "Mengapa perasmian 'Friends of Pakatan Rakyat' dibuat di London?" Kerana di London ada ramai belia yang kononnya bijak pandai, tapi hakikatnya mereka seperti "memerang dungu", bak kata Tuan Jeghui. Inilah penyakit orang muda - mereka rasa mereka pandai tatkala mereka sedang ditipu!

4. "Tetapi selalu sangat gelombang baru ini hadir di sini. Apakah tujuan sebenarnya?"
Selain merekrut bijak pandir luar negara untuk meneruskan talian hayat politik PKR yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, mereka ke sana untuk meneruskan usaha mengampu "tuan Yahudi" yang menjadi financier pergerakan mereka setelah Ketua Umum PKR, yang nampaknya semakin hari semakin hampir ke Sg Buloh Inn, terlepas kata ketika mempolitikkan isu APCO baru-baru ini.

5. Boleh saya tahu apa maksud tuan dengan "kelab UMNO London mempolitikkan sukan"?

Setahu saya, banyak cawangan UMNO di Malaysia yang menganjurkan pertandingan sukan. Orang Melayu pada tahun 80-an dan 90-an tidak melihat kegiatan tersebut sebagai mempolitikkan sukan, tetapi melihatnya sebagai kegiatan sosial yang sihat kerana kebanyakan mereka ingin menikmati permainan sukan dan mengecapi rasa bangga sebuah kemenangan.
Saya pun tertanya-tanya mengapa belia zaman Y2K lebih melihat politik berbanding sukan itu sendiri.

Setahu saya, Kelab UMNO biasa menganjurkan pertandingan bowling, paintball dan berbuka puasa di bulan Ramadhan. Tidak pula saya terfikir yang puasa saya telah dipolitikkan.
Tak tahulah kalau Kelab UMNO London menyelitkan ceramah politik semasa kalian bermain bola sepak!

Madeku367 said...

Dear Pakar Matematik

1. Terimakasih perbetulkan penjodoh bilangan saya. Tapi "sebuah" agaknya tak sesuai. Bahasa Indonesia dan Malaysia tidak banyak berbeza. Lagipun kitakan serumpun?

2. Yang bekerja di seberang tidak boleh. Melainkan yang berkaitan dengan kerajaan.

3. Nasib baik kamu gunakan perkataan "ramai". Makan tuan bukanlah 'generalising'.

4. Komen kamu yang ini berat sebelah dan hentam kromo.

5. Ini pandangan kami yang duduk di London. Jika boleh, tidak menggunakan nama parti politik untuk tujuan mengeratkan silaturrahim seperti bola sepak dan ramadhan. Sebab itu saya pun tidak setuju dengan kehadiran Friends of Pakatan Rakyat. Bagi saya majlis itu gagal kerana cuma 100 sahaja yang hadir.

6. SAya akan balik bulan depan insya Allah. Memang berniat berbakti kepada kompeni dan negara. Maklumlah, 10 tahun lagi nak Wawasan 2020.

Tak salah untuk menyalak ke bukit. Daripada tak menyalak langsung, tunduk dan akur kepada rejim kedua-dua gelombang. Tapi saya setuju, nak menyalak dari dalam parti pun boleh tapi tidak boleh dibuat secara terbuka demi parti.

Biarlah saya kini bertindak sebagai non-partisan. Saya suka begini supaya saya tidak menjadi lembu dicucuk hidung, tidak boleh bersuara. Takut-takut jadi Zul Nordin dipecat parti.

Jangan khuatir tentang bangsa Melayu kerana jika Islam yang kita amalkan, tiada bangsa atau negara yang akan luput di muka bumi. Refer Al-Quran. Sekian.

Mathematician said...

Tuan Jeghui,

1. Memang kita serumpun, bukan sahaja dengan Indonesia, tetapi juga dengan Filipina. Ada persamaankah bahasa kita bertiga?
Kalau dari segi asal-usul bahasa, bahasa Melayu di Indonesia sebenarnya adalah bahasa tinggi (yang digunakan oleh bangsawan/kasta atasan rumpun Melayu) manakala bahasa Melayu di Malaysia dikategorikan sebagai bahasa pasar (digunakan oleh golongan kasta rendah).
Jadi, kalau boleh janganlah kita ambil mudah dengan bahasa. Pakar bahasa berasa tidak senang apabila bahasa Melayu digunakan secara caca marba. Belajarlah menghormati bidang orang lain seperti mana kita menghormati bidang kita. Apa perasaan tuan kalau seorang pakar bahasa menyamakan bootstrap technique dan Monte Carlo simulation? Atau retrospective reserve disamakan dengan prospective reserve?

4. Hari ini kamu rasa saya menghentam kromo. Tetapi, pernahkah kamu mendengar tentang Aplikasi Teori Permainan dalam Peperangan? (Application of Game Theory in War).

5. Sebenarnya, melalui pengalaman saya, kalau dapat himpunkan kira-kira 100 pelajar/orang awam (tidak termasuk pekerja pihak penganjur) di London, itu sudah dikira berjaya. Jangan dilihat kepada bilangan 100 yang hadir. Lihat kepada kualiti hadirin tersebut dan bayangkan apa yang boleh terjadi jika setiap 100 yang hadir ini menyebarkan perkara yang didengarinya kepada 10 orang yang lain.

Terpulanglah kalau itu pandangan belia di London, tetapi hati-hati, saya risau belia Melayu di London akan termakan dakyah yang bertujuan menjauhkan kamu dari politik negara. Ini sahaja tanah yang kita ada.

Mathematician said...

(samb.)
6. "Tak salah untuk menyalak ke bukit. Daripada tak menyalak langsung, tunduk dan akur kepada rejim kedua-dua gelombang. Tapi saya setuju, nak menyalak dari dalam parti pun boleh tapi tidak boleh dibuat secara terbuka demi parti."

Tuan Jeghui,

6.a) Menyalak itu SALAH kerana ia memekakkan telinga orang yang mendengar, walaupun mungkin si bukit tidak ambil peduli. Peperangan & perjuangan cara Islam tidak boleh menjejaskan keamanan yang dinikmati oleh nyawa makhluk sekeliling kita.

6.b) Tunduk bukanlah bermaksud kita akur dicucuk hidung. Tunduk bermaksud kita diam sejenak memikirkan cara untuk melompat dengan lebih jauh, bak kata Tun Dr Mahathir.

6.c) Menyalak di dalam parti tidak dibuat secara terbuka BUKANLAH demi parti. Tetapi menyalak di dalam parti tidak dibuat secara terbuka kerana memenuhi kewajipan sebagai seorang pengikut yang mesti menegur pemimpinnya secara empat mata.
Seperti mana rakyat/pengikut berhak dipimpin & ditadbir dengan adil, janganlah kita lupa bahawa sang pemimpin juga berhak untuk ditegur secara empat mata apabila melakukan kesilapan, bukannya dengan cara yang mengaibkan maruahnya. Dan beliau TIDAK BOLEH DIPERANGI selagi mana beliau bersolat. Ini telah digariskan oleh agama Islam itu sendiri. Sila rujuk hadis Rasulullah s.a.w.

Mohon tuan beritahu saya pemimpin Melayu mana yang boleh saya perangi? Setakat ini, saya tidak pernah menonton rakaman CCTV di bilik tidur mereka (kalau ada) untuk mengetahui samada mereka bersolat Subuh atau tidak. Tetapi yang pasti, mereka telah berjuang untuk mendirikan banyak masjid di dalam negara kita bagi membolehkan umat Islam bersolat.

7. "Biarlah saya kini bertindak sebagai non-partisan. Saya suka begini supaya saya tidak menjadi lembu dicucuk hidung, tidak boleh bersuara. Takut-takut jadi Zul Nordin dipecat parti.

Jangan khuatir tentang bangsa Melayu kerana jika Islam yang kita amalkan, tiada bangsa atau negara yang akan luput di muka bumi. Refer Al-Quran."

Bukankah al-Quran menyuruh umat Islam bersatu dan berusaha mempersiapkan kelengkapan peperangan yang canggih? Dari mana pula datangnya konsep non-partisan ini?
Saya tidak nafikan parti pemerintah membuat kesilapan di sana sini. Tetapi, mereka membenarkan teguran & pembetulan dibuat untuk menambahbaik keadaan semasa. Ini pengalaman peribadi saya.
Saya tidak keberatan dengan pendapat yang tuan utarakan, tetapi saya agak keberatan kalau pendapat tuan tidak dirumuskan berpandukan fakta/pengalaman sebenar.

Ilmu Matematik, Statistik & Sains Aktuari mengajar kita bahawa lebih banyak maklumat yang diberi, lebih tepat penganggar yang dikira (a more accurate estimator can be obtained by having more information).
Pendapat tuan memberitahu saya seolah-olah politik ini sesuatu yang sangat jijik & kotor, UMNO itu jijik & berat sebelah. Sudahkah tuan sendiri mengalaminya?

Madeku367 said...

1. Apakah perasaan saya jika orang permainkan bidang saya? lagi bagus kerana saya sendiri sudah mempersoalkannya. lagipun itu hak mereka. Mestilah berfikiran terbuka. takkan kita mahu menutup mereka ini daripada bersuara. Saudara sendiri berkata bahasa Melayu Malaysia bahasa kasta rendah. Tak kah terasa melayu2 Malaysia? Ketam mengajar anak berjalan lurus?

2. Game Theory in War? Who cares? Everyone's entitled to an opinion.

3. Maaflah kerana saya di sini banyak kali juga menghadiri sesi-sesi begini. RPK's Talk dihadiri 500-600 rakyat Malaysia sampai tak cukup tempat duduk. Itu pun bagi saya tidak begitu berjaya kerana himpunannya kurang sekali melayu. mungkin ada dalam 5%. rujuk petikan saya 'RPK not in Trinity court'

Siapakah gerangan tuan jika boleh perkenalkan diri. Boleh email saya secara peribadi dan mungkin menjadi rakan di FB.

Madeku367 said...

6.a) tolong jangan buat kelakar tentang 'menyalak'. 'geli hati' saya tergelak seorang di pejabat.

6.b) ya, seperti mana yang Pak Lah buat pada Mahathir.

6.c) empat mata dua mata satu mata. tegurlah secara berhikmah. gunakan cara yang terbaik untuk menegur. saya diberitahu rakan yang hadir dir Friends of FB yang Nurul Izzah memulakan ceramahnya dengan menegaskan kehadiran mereka di London bukanlah membazir wang rakyat. Nampaknya, dia dengar juga teguran twitter rakyat lemah seperti saya.

7. Salah kah jadi non-partisan? Allah melarang kita bertindak adil kah? Adakah Allah menyarankan kita masuk UMNO atau PKR atau PAS? Saudara sendiri cakap umat perlu bersatu. Tetapi dengan adanya parti-parti konon demokrasi politik, bukankah itu memecah-belahkan umat? Konsep kesatuan umat ini tidak tertutup kepada Muslims sahaja. Bagi saya konsep umat itu adalah rakyat. Rakyat harus bersatu.

Fakta sebenar? Adakah kita ini masih dibuai mimpi? Adakah saya ini hentam kromo sahaja? Saya pun ada sumber-sumber dan pengalaman saya sendiri.

Tidak pernah saya katakan UMNO itu jijik dan kotor. Sila bercakap benar. bak kata orang putih, don't put words in my mouth. Saya selalu elak daripada 'generalising' dan 'labeling'. itu permainan politik kolot sesetengah pemimpin. Bukan semua yang di dalam UMNO itu korup atau baik belaka. Sama juga di kalangan PAS/PKR/DAP etc. Sebab itu penting jika melihat seseorang itu dari perspektif individu.

Maaflah banyak kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Janganlah rejam saya pula! :)

Fadzli Fuzi said...

Salam bro,

Pada aku,'gelombang baru' ni 'gelombang nak jadik PM'.Takde yg baru.Dia lah yg ajar UMNO dgn politik wang.ABIM pun dah rosak sbb 'pak sheikh' ni.Skarang 'pas pis pus' pun tak tentu hala dibuatnya.Dia tak ingat ke hanya dgn keizinan Allah swt dia dpt jadik PM? Kadang2 aku rasa dia mcm buat klakar.

Pemimpin yg sebenar pd aku ialah yg buat kerja berkhidmat hanya kerana nak dptkan keredhaan Allah swt. The moment someone is ready to take the responsibility as a leader,he must be ready to live in moderation and humility.Pakai kereta Proton or paling kuat pun Honda.Takda istilah 'mewah',cuma istilah 'cukup'.Ckp mmg senang,tapi nak buat mmg susah.Nafsu bukan semua org larat nak lawan.Tapi dgn cara ni aku rasa kita akan dpt pemimpin yg ikhlas & buat kerja betul2.Lagipun how can a leader hidup mewah sedangkan ada orang kat tempat dia susah? Harta benda tak salah cari,tapi kalau jadik pemimpin kena curah kat rakyat.

Anyway,a good write up.Pemimpin tak kira belah mana wajib ditegur.Kalau tak boleh tegur duduk rumah jelaaa..hehe

Jazakallah khair

Anonymous said...

budak ni bukan bagus pun actuarial nye.
aku dgr keje hancur je kat uk tu.
balik msia je la woi!

Madeku367 said...

dear anon melayu dengki,

first of all, it's not my fault that you didn't get the chance to work in the UK. It's not my fault that you wasted so much time finding other ppl's fault but failed to find of your own and end up being a little bit unsucessful.

secondly, do you even know when I am working now? please get your facts right before writing opinions.

Thanks

Madeku367 said...

dear anon melayu dengki,

first of all, it's not my fault that you didn't get the chance to work in the UK. It's not my fault that you wasted so much time finding other ppl's fault but failed to find of your own and end up being a little bit unsuccessful.

secondly, do you even know WHERE I am working right now? please get your facts right before writing opinions.

Thanks

Anonymous said...

Terima kasih untuk ini post.Admiring indah waktu dan usaha yang Anda lakukan ke dalam blog Anda dan informasi rinci yang Anda tawarkan.

Anonymous said...

Tahap pencapaian orang Malaysia sepatutnya ialah (1) majikan bertaraf dunia (2) jawatan tinggi (3) gaji bertaraf dunia

Ramai orang Malaysia yang mempunyai pemikiran yang ditentukan oleh majikan/pemberi biasiswa. Ada seorang staf yang berpuas hati dengan menjadi penjaga pelajar pra-U setelah berhempas pulas untuk menjadi seorang graduan dari sebuah universiti bertaraf dunia. Dia tidak langsung mempunyai pemikiran yang mencabar. Ada pula seorang bekas pensyarah sebuah politeknik di Malaysia yang dihantar untuk mengambil Master di luar negara. Oleh kerana hasil kerjanya baik, programnya dibuat conversion kepada PhD. Dia merahsiakan hal itu kepada penaja. Apabila memasuki tahun ketiga, dia memohon pelanjutan dan dia berjaya. Inilah cara berfikir seorang yang hebat.

Oraganisasi seperti UMNO tidak sesuai kerana ia terlalu konservatif. Orang-orang yang terpelajar dan mempunyai kelulusan daripada universiti bertaraf dunia mungkin akan berketuakan seorang yang tidak pernah lulus PMR seumur hidupnya. Seorang yang pernah menyiapkan tesis bertaraf dunia dari semasa ke semasa perlu mengikut telunjuk atau arahan seorang tukang kebun. Itulah realitinya dalam UMNO.

Sebuah organisasi politik yang baik ialah sebuah organisasi yang menggalakkan meritokrasi dan menjunjung tinggi ilmu setinggi-tingginya serta tiada diskriminasi. Carilah organisasi seperti ini. Ciri-ciri seperti ini tiada dalam UMNO

Brighteyedcynic said...

Hey,

Came across this article and couldn't resist responding to it.

Your concern for what you consider Nurul Izzah's (or PKR's, for that matter) possible hypocrisy with regards to unnecessary and frivolous expenditures is understandable.

Personally, though, rather than unnecessary and frivolous, it seems to me like an interesting political tactic. A significant portion of Malaysian students studying overseas is concentrated in London, hence making it a prime location to target Malaysians of that particular demographic. While they can't vote, most of them will probably be back in Malaysia by the next GE. It just looks like a sound investment for the long-term, imho.

Considering how international flights, although expensive, are becoming more affordable, I hardly think it's fair to compare the cost of her trip to the cost of designer luxury items. A small bag from D&G or Valentino could easily cost you an upwards of a few thousand pounds. designer items aren't quite in the same league what looks to be a political business trip. Unless of course, you tell me that she was living in the lap of luxury during her trip, and spending money on shopping and throwing lavish parties.

For many people unfamiliar with the different foreign labels, foreign "branded" items can all seem equally ostentatious, but brands like Gap and brands like Prada have an important distinction between them, namely the people they cater to, and as such, their price range. (e.g. Gap shades = $10-$20, Prada shades = $100-$200).

Hence, your comparison doesn't seem to hold in this situation.

Your comment on her "defensive" behaviour is rather curious. You mentioned how you delivered your statement "secara sinis", then you commented on how she overreacted, as if without any provocation from your part. True, I think she should've handled it better, but her response sounds fair enough.