Tuesday, August 19, 2014

PAS Khianat Amanah Allah

Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama II pernah berkata “There is no short-cut to peace” (tidak ada jalan pintas untuk keamanan) apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan kenaikan taraf Palestin sebagai ahli pertubuhan itu. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan Palestin diterima dunia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan ini ditentang hebat oleh Israel dan kuncunya Amerika Syarikat.

Tanggal 17 Ogos 2014. Sebenarnya hari itu adalah hari yang pahit buat Malaysia. Sama ada rakyat mahu sedar atau tidak, terpulanglah kepada mereka. Bagi saya, tarikh ini sangat menduka-citakan sehingga air mata jantan ini menitis mengenangkan perbuatan segelintir pemimpin. Sudahlah Dato’ Menteri Besar Selangor dikhianati dan dizalimi, PAS yang kononnya  menegakkan keadilan dan kebenaran atas nama Islam telah gagal dalam ujian integriti yang Allah SWT telah berikan.

Tan Sri Khalid Ibrahim kini seorang diri dalam menegakkan yang benar tentang dirinya. Alim ulama berjanggut, bermisai, berserban yang sebelumnya mempertahankan beliau telah berubah fikiran dalam masa yang singkat. Hanya kerana Khalid tidak lagi bersama Pakatan Rakyat. Eh, tidak tahu lagikah? Khalid dibuang parti secara tidak adil kerana tidak diberi peluang memperjelaskan apa-apa pun. Bukannya dia sendiri yang mahu tinggalkan Pakatan Rakyat.

Saya yang beribu batu jauhnya pun boleh merasakan betapa ruginya PAS setelah menolak peluang untuk bersatu demi Islam dan Malaysia. Mungkin ada yang kata saya ini isti’jal (tergesa-gesa) dalam mahukan keamanan negara melalui kesatuan ummah. Ingat, Obama berkata “there is no short-cut to peace”. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila disuruh jangan isti’jal adalah kata-kata Barack Obama yang zalim terhadap rakyat Palestin ini. Bagi saya, “Peace should be made as a priority and there is ALWAYS a short-cut to peace” (Keamanan itu adalah utama dan jalan pintas SENTIASA ada untuk keamanan).

Jadi, apa kena-mengena keputusan PAS dengan keamanan Malaysia yang saya mahukan? Tidak tahulah bagi anda tetapi tidak jemukah soal-soal agama dan perkauman dijadikan alat bagi memecah-belahkan rakyat Malaysia? Tidak pernah-pernah sebelum ini laungan azan masjid dipersoalkan, lembu dijadikan sembelih korban boleh menjadi kontroversi, kalimah “Allah” dipolitikkan, masjid, gereja, kuil Hindu dan Buddha dibakar, kepala lembu dijaja bagi mencabar rakan-rakan beragama Hindu, Ramadhan dipelawa dengan bak kut teh, pemimpin menyokong umat Islam diberikan kebebasan murtad, yang berbangsa India dipanggil “Peria”, yang Cina dipanggil babi, yang Melayu dipanggil orang hutan, agama Kristian dipermain-mainkan,  kitab bible dijadikan wadah politik, fatwa tentang perkara yang jelas berbeda-beda dan lain-lain lagi. Saya ini tidaklah begitu tua tetapi sepengetahuan saya, perkara-perkara ini telah menjadi-jadi apabila rakyat Malaysia tidak bersatu sejak tahun 2008.

Sebelum ini saya ada menulis tentang pentingnya umat Islam bersatu supaya rakyat Malaysia bersatu dan peluang besar ini gagal digenggam oleh PAS. Katanya UMNO itu jahat (PKR tidak jahat), UMNO itu kafir (DAP tidak kafir), UMNO itu korup (PKR, DAP tidak korup), UMNO itu mengamalkan kronisme dan nepotisme (PKR, DAP tidak). Ketua Umum PKR mahukan isterinya jadi Menteri Besar Boneka Selangor dan sanggup menikam sahabatnya yang saya sendiri akui sebagai menteri besar yang terbaik Selangor pernah ada. Apa lagi yang tidak jelasnya? Khilaf juga?

Saya tidak setuju dengan kenyataan beberapa pemimpin yang berbaur perkauman. Umat Islam bersatu tidak bermakna yang bukan Islam akan dihina, dicerca, dihukum, dianak-tirikan sampai tidak boleh “angkat muka”. Islam mengikut sejarah yang ada tidak pernah melakukan diskriminasi berdasarkan agama dan kaum. Yang dicanang oleh penulis Barat tentang kezaliman negara Islam berkenaan Jizya (cukai kepada yang bukan Islam) tidak menyebut tentang adanya Zakat (cukai untuk yang beragama Islam). Nabi Muhammad mengharamkan riba’ kepada penduduk Yahudi dalam negara Islamnya bukan bermaksud diskriminasi. Agama mereka sendiri mengharamkan riba’! Lagipun riba’, arak, judi, zina dan liwat adalah perkara-perkara yang tidak baik pun untuk masyarakat. Sekiranya dalam kehidupan saya, umat Islam Malaysia bersatu tetapi berlaku tidak adil terhadap yang bukan Islam, saya sendiri yang jelik dengan menunjuk perasaan ,akan berguling-guling di atas jalan raya membangkang!

Berfikirlah sejenak. Tidak ada agama yang zalim dan Islam sebenarnya adalah agama yang reformis. Daripada masyarakat yang jahil, membunuh anak-anak perempuan, menghina kaum wanita, berzina, berjudi dengan anak panah… Islam hadir tepat pada waktunya dan merubah kehidupan masyarakat Arab ketika itu dan kini seluruh dunia.

Apa lagi yang pemimpin PAS tunggu, entah lah. Katanya drama Selangor belum tamat lagi. Boleh pula mencadangkan pemimpin politikus yang tidak disenangi rakyat Selangor sebagai pelan B. Katanya Khalid terpaksa pergi demi kestabilan Selangor. Padahal yang mengkucar-kacirkan Selangor adalah PKR. Katanya tidak perlu tergesa-gesa dalam menegakkan kebenaran dan selesaikan krisis Selangor. Padahal tahu Sultan tidak mahukan Wan Azizah sebagai khalifah Selangor. Padahal jika PAS bersama yang benar, Selangor dan Malaysia dengan izin Allah akan stabil, makmur dan harmoni.

Asalkan jika niat berkerja demi rakyat. Bukan demi politik.

3 comments:

Unknown said...

Jeg Hui, kenapa anda perlu pertanggungjawabkan kesatuan Islam hanya kepada PAS?

Kenapa anda tidak mahu unjurkan sebaliknya kepada UMNO?

Kenapa mesti persalahkan PAS dan mengatakan PAS sudah tidak Islamik lagi, sedangkan UMNO memang banyak buat penyelewengan?

Kenapa anda tutup sebelah mata terhadap segala kesilapan UMNO?

Madeku367 said...

Ikan masin, sila baca dan teliti kenapa dalam keadaan baru-baru ini, tanggungjawab (yang dibuang) adalah PAS.

Jadi kerana itulah penulisan kali ini sebegini. Jika UMNO tolak kesatuan ummah pada suatu hari nanti, saya akan sebut UMNO.

Tidak pernah tutup sebelah mata.

Anonymous said...

Jeg Hui,
Bagus tulisan ni. Saya pun sbg orng melayu ingin melihat bangsa kita bersatu.
But if the pro-pas (esp those allied to the so-called erdogans) blogs and comments are anything to go by, there is simply no hope. I truly despair.
Remember the arrogant remark from that PAS exco member: If umno is in, we are out" ?
That is the measure of the hatred. Yes, there is a long history between these 2 parties, but when will the leaders (esp of pas) rise above that and place the unity of the ummah above all else?

For those of us who are not members of any party, we are quite puzzled by this fanaticism.
Why can't Pas and Umno be done with the enmity? No one is asking Pas to join Umno... you can have different political platforms but stand together when it comes to issues concerning the Ummah.
I attend fiqh classes at my mosque. Our teacher is Arab. He's always reminding us melayu to be stay united. "Jgn jadi orang arab, lihat saja apa yg terjadi di sana." Nauzubillah

Do we not learn learn anything from the Quran?