Wednesday, November 11, 2009

Komen saya dalam petikan terbaru TDM - Sunnah wal jama'ah

Tun,

Saya pun terkejut bagaimana Ustaz Asri pun hendak diberkas.

Namun, saya sebenarnya dah lama agak suatu hari nanti beliau akan ditangkap juga kerana kononnya membawa ajaran 'wahabi' kepada orang Malaysia.

Ini adalah pendapat saya. Jika fikirkan secara ilmiah dan aqli, adakah Allah S.W.T melarang manusia beribadat kepada-Nya dan selalu mengingati-Nya?

Sebagai contoh, jika kita lakukan wirid dan doa selepas solat, adakah ia berdosa? Adakah jika diadakan tahlil, mengajak anak-anak soleh dan solehah mendoakan kesejahteraan si mati suatu DOSA?

Benar ada suatu hadith menyatakan bahawa hendaklah beribadat mengikut cara Nabi Muhammad tetapi ia dikatakan bukan secara rigid, pada pendapat saya. Yang penting sekali kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. dengan zikir-zikir.

Sebagai contoh, dahulunya pada zaman Nabi, tidak pula ada kelengkapan radio atau cd. Tetapi kini, jika seseorang Muslim itu mahu berzikir ketika memandu kereta dengan alunan cd zikir dan wirid serta ayat-ayat suci Al-Quraan, maka adakah itu salah pada mata 'wahabi'?

Saya berkata begini bukanlah saya menuduh Dr. Asri ini pembawa ajaran 'wahabi' yang saya lihat begitu rigid atau tegas dalam ibadat.

Saya lebih suka jika Islam ini dibawakan dengan niat memartabatkan Islam dan mengaplikasikan ajarannya demi kesejahteraan dan kejayaan semua manusia.

Apa yang berlaku di antara Sunni dan Syiah hanyalah politik semata-mata. Bagi saya, Islam hanyalah satu. Tiada Sunni, tiada Syiah, tiada Hadhari, tiada Islam PAS dan lain-lain.

Sebagai pembetulan, Islam Hadhari bukanlah ajaran baru tetapi kempen yang Pak Lah mahu rakyat terima-pakai supaya Islam ini tidak nampak ektrem sepertimana kini.

Janganlah kerana benci kepada seseorang itu, kita putar-belitkan pandangannya.

Wallahualam.

No comments: