Saturday, March 08, 2008

Kisah Tong Taik

Malaysia telah pun mengundi. Kini kiraan mengundi sedang dibuat dan keputusan penuh akan disebut dalam masa beberapa jam lagi.

Dalam ketika masing-masing sedang panas bercakap politik kedai kopi dengan bibir masing-masing terjuih-juih, minggu lepas sempat juga saya berbicara dengan seorang sahabat lama dari kolej yang jelasnya penyokong kuat PAS. Geli hati pula saya kerana ironinya, apabila bercakap sahaja tentang politik, semestinya kes "tong taik" akan keluar! Tidak kiralah jika ia membuat "tong-tong taik" terbatuk-batuk nama-nama mereka disebut, tetapi gambaran cetek ini pasti akan dikeutarakan.

Siapalah yang julung kali memplopori kisah "tong taik" ini?

Biasanya ia akan berbunyi seperti ini:

"Tapi kalau dah masuk dalam "Tong Taik" (bukan nama sebenar), sure terpalit jugak taik-taik kat kita!"

atau

"Taknak aku salam dengan dia, aku tahu orang-orang ni tangan diorang kotor dengan taik"

Bunyinya seolah-olah sangat menarik dan lucu serta mesej nya sangat kuat dan padat. Tidak tahu pula saya manusia ini amat fetish dengan taik?

Namun aku membantah, bagaimana nak bersihkan tong taik ini? Ada cara yang lebih baik? Berikut adalah adaptasi perbualan online saya dan sahabat saya itu.

Ustaz F: SPRku yang amat adil! (memberi pautan web menunjukkan betapa tidak adilnya SPR)
Aku: Ko rasa PAS boleh menang this year? (salam pun tak bagi budak ni...)
Ustaz F: Kalo ikut realiti sekarang, SPR banyak tipu, aku rasa susah nak menang.
Aku: Hmm, sebab tu kena try ubah dari dalam...
Ustaz F: tapi aku hanya mampu mengharapkan pertolongan tuhan. Pada mata kita mmg islam susah nak menang. Itu realiti perjuangan nak menangkan islam. Come on. nabi sebut hadith nak tawan istanbul masa perang khandak tapi muslim berjaya tawan istanbul hundreds and hundreds of years later. Yang penting usaha! Banyak lagi orang bermasalah dalam PAS. So tunggu Allah saring-saring.
Aku: Betul tu.. perlahan-lahan... Tapi aku lebih percaya kita ubah dari dalam.
Ustaz F: Ubah dari dalam? Itu bukan prinsip Islam. Macam Anwar buat? Sejarah telah buktikan Anwar tewas. Muslims don't repeat the same mistake.
Aku: Well, bagi aku Anwar tak sabar. Kalau dia sabar sikit sure dah jadi PM now. Kira cam Pak Lah lah. Dia tunggu je, sabar je, pastu bila dah jadi pemerintah, dia buat style dia sendiri tak ikut cara Mahathir. Siap batal pet projects Mahathir lagi sampai bengang orang tua tu sampai sekarang.
Ustaz F: (mengeluarkan hujah-hujah yang panjang lebar secara ringkasnya para ulama' ada menggariskan cara mengubah dari dalam itu tidak betul)
Aku: Tapi ko cakap tadi SPR tak betul kan? Tak adil kan? So bila pulak PAS akan menang padahal ko sendiri cakap SPR tak adil. So BN akan menang je all the way then. Tang bila plak, secara logiknya PAS akan menang? Be realistic my friend. Aku rasa lebih praktikal kalo ubah dari dalam. Ada team yang baik-baik yang tak corrupt, I'm sure boleh je ubah dari dalam. Perlu ke kita ikut orang lain corrupt just because ramai orang tu corrupt?
Ustaz F: Tapi dasar pun dah salah...
Aku: Takpa kita play along je lah dulu kot. Nanti dah kat atas nun buatlah cara tersendiri. It's a more realistic way.

And then, here we go...:

Ustaz F: Tapi kalo nak bersihkan tong taik, nak ke terjun ke dalam tong tu? Sure kena terpalit sekali najisnya. Alternatif lain adalah bersihkan dari luar. Kita pon bersih, tong pon bersih.
Aku: Tapi pembangkang mesti ada. Supaya ada check and balance. So aku pon happy je ada PAS and PKR. Tapi like I said, it's do-able, to do it the inside way

(Dalam hati: Tapi cemana ko nak bersihkan tong taik tu dari luar? Nak pancut dengan air pili hos getah je ke? Cemana nak bersih camtu? Kalau nak cuci jugak tong taik tu kenalah sental dari dalam. Pakai lah baju kalis taik or something! Hahaha!!) ...

Ustaz F: Aku tak taruh keyakinan tinggi pun yang BA akan menang...
Aku: Tu pasal lah kena ubah dari dalam. Ko pun ngaku SPR tak adil semua. Pak Lah has done it what. It does not concern me if he's a good or bad leader but he has done it. Dia buat cara dia sendiri bila dah jadi PM. Ko buatlah camtu. Nanti ko dah berkuasa, ko cantas semua yang corrupt, pastu ko buatlah undang-undang PAS.
Ustaz F: erk.. Pak Lah? Mahathir is better than Pak Lah although dua-dua pon teruk.
Aku: Pulak dah dia ni... U don't get my point. (dalam hati: bukan dulu Zunar lukis muka Mahathir depicting babi ke dalam Harakah la ni puji-puji plak. Kalau Mahathir better than Paklah, and korg ni depicted Mahathir as babi, God knows apa plak yang korang depict Pak Lah pulak?)
Ustaz F: Ini soal dasar. Kalau UMNO ikut dasar sunnah dan Al-Quraan untuk memerintah, PAS akan jadi parti yang haram. Orang-orang PAS wajib masuk UMNO.
Aku: Ya itu betul tu. Tapi takkan ko tak nampak lagi? Nak ubah dasar, boleh ke buat dari luar? Pembangkang beriya-iya pegi Parlimen nak ubah dasar tapi habuk pon tarak. Walaupun sebenarnya ada je idea-idea yang baik dari pembangkang sampai Shahrir Samad pon letak jawatan pegerusi UMNO back-benchers club. Sebab dia rasa ada je idea yang boleh diterima pakai dan tak mengganggu-gugat BN langsung kalo ia diimpementasikan. Tetapi ada plak perlembagaan dalaman UMNO yang ahli tidak boleh menyokong usul pembangkang langsung. So sampai bila pembangkang nak jadi ahli lelap je asyik-asyik usul kena reject kt Parlimen? Inilah dia maksud aku ko kena ubah dari dalam perlahan-lahan. Kan Tuhan dah janjikan kejayaan bagi orang-orang yang bersabar dan berusaha. Then barulah boleh berdoa (tawakkal).
Ustaz F: (mungkin kerana tidak tahu nak cakap apa lagi) 2/3 majoritikan? Realistik ke? Takpe2. Up to you. Just presenting my opinion. Nope. My principle. My belief.
Aku: 2/3 PAS takleh menang sorang pun aku rasa. Dengan BA pon yang aku still confuse adakah diorang ni masih bersatu? And 2/3, siapa-siapa pun, kena lah dapat 2/3 tu. Kalau a weak goverment memerintah i.e. tak cukup 2/3, tp more than 51%, aku takut sejarah berdarah 13 May berulang kembali. Aku tak suka huru-hara dekat negara aku. Aku suka stability. Good for economy. Mungkin sebab aku ni Actuarial Science student? Haha!
Ustaz F: 13 May tu UMNO sendiri yang cetuskan. Diorang pandai putar sejarah. Oklah Jeghui I need to go. Wassalaam.
Aku: (Dalam hati: pulak dah....) Okies. Wassalaam.

Kini aku masih tertanya-tanya mekanism tong taik yang selalunya cuba memberi gambaran dalam borak-borak politik kedai kopi. Bayangkan kopi dan taik sungguh tidak kena!

Aku masih berhalunisasikan cerita ini tiap kali aku membuang air besar! Agenda air besar will never be the same anymore!

Note: 2/3 is for Parlimentary seats to form a new government.

No comments: