Wednesday, March 12, 2008

Kerajaan Baru Selangor

Saya difahamkan Sang Memerang sedang sibuk membakar dokumen-dokumen kerajaan bagi menutup kes-kes dodgy yang bersangkut-paut dengan Kerajaan Selangor sebelum ini. Kini setelah ditawan PKR-DAP-PAS, kerajaan baru ini haruslah berhadapan dengan risiko merealisasikan manifesto-manifesto yang digebang-gemburkan menjelang pilihanraya.

Terkejut pula apabila terdengar berita 'kemangkatan' seorang kerabat kerajaan UMNO di istana Klangnya. Akhbar Cina mengatakan 'baginda' membunuh diri dan ada juga yang mengatakan 'baginda' diserang penyakit jantung.

Walau apapun, bagi saya ajalnya telah tiba dan Allah SWT telah mengarahkan malaikat maut mencabut nyawanya. Kes-kes beliau masih boleh disiasat untuk kepentingan rakyat.

Innaalillah.

Sementara itu, ayahanda saya telah melaporkan yang duit tunggakan hutang kerajaan Selangor kepada syarikat belum lagi mereka langsaikan. Menjelang pilihanraya, hanya sebahagian telah dibayar itupun kerana kes ini diajukan kepada KSN bulan lepas.

Persoalannya sekarang, adakah kerajaan baru akan mengotakan janji Joni mereka dan sekaligus membayar hutang piutang kerajaan Selangor yang tertunggak kepada pengusaha-pengusaha Melayu kecil seperti ayahanda saya?

Kita tunggu dan lihat! Harap-harap dibayarlah kerana zaman pemerintahan Raja Toyol yang segak lagi handsome dan dengan gahnya membawa Proton Jawa, telah membuktikan hutang-hutang tidak dilangsaikan dengan adil dan cepat walaupun kerja-kerja telah dilakukan seperti yang dijanjikan. Hitam-putih. Tambahan pula, prestasi meningkat 3 kali ganda apabila syarikat kami mengambil-alih tugasan kerajaan itu mengutip cukai pintu di kawasan-kawasan serata Selangor.

"Under-perform," ulas Sang Memerang.

Padahal sebenarnya ia adalah kerana busuknya hati seorang pegawai kerajaan yang iri hati melihat syarikat kami mengaut keuntungan yang besar seperti yang termeterai di dalam perjanjian. Namun sebenarnya keuntungan itu adalah berdasarkan prestasi syarikat yang berjaya mengutip cukai 3 kali ganda hebat daripada tahun sebelumnya!

Busuknya hati dia yang bernama Rashidah telah secara angkuhnya berkata, "My husband pun boleh berjaya tak payah mintak tender-tender kerajaan dan berjaya buat multi-level marketing. Sekarang dia pakai BMW!"

"Projek macam ni merugikan kerajaan. Semua orang boleh buat kerja kutip cukai macam ni!" tambah si tua kutuk ini.

Padahal perjanjian dah pun dibuat. Kamu endorse-kan jelah payment tersebut. Beliau terus ajukan perkara itu kepada Sang Memerang yang kini tampan rupawan walaupun sedikit pilu dengan keputusan pilihanraya negeri baru-baru ini. Maka Sang Memerang itupon termakan dek hasutan Rashidah 'Utama' macam star ini dan syarikat kami di-senaraihitam-kan atas alasan "under-perform".

Under-perform korok Jawa mu! Bukankah kutipan triple up from the year before?

4 tahun berlalu bayaran tidak selesai-selesai lagi dan kini kami berharap duit savings sahaja.

Ada juga satu insiden di mana syarikat kami dan WorldWideHoldings telah membida projek pelupusan sampah di Puchong, Selangor. Kami hampir-hampir berjaya dan kontrak telah pun tersedia. Namun tiba-tiba, boleh pula para pelobi (ada ura-ura mengatakan dikepalai Karim Jelani - bukan nama sebenar) menokok 'harga' lobi kepada RM3 juta atas alasan projek itu bernilai RM30 juta! Ayah aku yang sememangnya anti ahli-ahli politik yang mengaut keuntungan seperti ini lalu terus back-off daripada projek ini. Jika tidak kini syarikat kami mungkin berada di Bursa Malaysia!

Rupa-rupanya team lobbyists ni telah mendapat pembida yang lebih tinggi iaitu Tan Sri Vince Tetteh (bukan nama sebenar) yang popular dengan syarikatnya yang sangat besar di Malaysia itu.

"Saya musykil mengapa ada seorang sahaja bumiputra Malaysia dalam Forbes' Billionaire List?" ujar seorang ketua pemerintah.

"Sebab asyik-asyik kasi kroni kamu kaya. Dan mereka tidak pula Bumiputra. Lagi mau tanya!" ujarku bengis.

So saya berharaplah perubahan di Selangor dapatlah dilakukan apabila pemerintahan kini bertukar. Risau juga seorang sahabat ayah yang sangat bagus bekerja akan dilepaskan jawatannya itu. Bagi saya dia seorang yang seperti ayah saya. Anti rasuah dan rajin bekerja. Hati skeptik saya berdetik menyatakan bayaran hutang kerajaan itu tidak akan dilangsaikan secepat mungkin.

Tetapi kerajaan baru boleh saja mengubah persepsi saya itu!

Note: Lobbyists adalah orang-orang yang mengajukan kertas kerja cadangan projek tender kerajaan. Merekalah yang bertanggungjawab membentangkan usul-usul projek kepada MB dan mereka juga akan mengenakan bayaran. Bagiku, perkara ini tidak perlu wujud pun kerana sistem open tender lebih adil.

1 comment:

nizam said...

congratz!!!

Now, governs the 5 states successfully. Show the rakyat that you can govern states and then Malaysia nation especially in economy, safety, justice, education, state administration, transparency and many more.

if you excel in the five states, you can convince the rakyat to choose you as a ruling party at federal level; the same manifesto or strength of BN.

in your future manifesto, pay attention to investor/ corporate sectors. Draft the manifestos as if you are going to become the Malaysia ruling party. Alike BN, play with statistics and numbers; say 10 million for education, say millions for safety etc. opposition should have shadow cabinet line-up to prepare these manifesto.

Now, concentrate on Sabah and Sarawak parliamentary and state seats. pkr (or the opposition front) must show that it is a party for all races and ethnics ie bajau, kadazan, dusun etc. most of them vote BN because their mentality (i might be wrong) is BN brings development. if you can develop the 5 states, they can open their eyes and vote opposition in next general election.

Pas, pkr, dap etc must groom leaders or candidates for the 13th general election. Pick candidates with strong education background so that people have faith in them able to govern states (or Malaysia). Starting from today, these candidates must turun padang to list down all the problem faces by rakyat and tackled the problems; win their heart and show them that you do works. if the candidates don't have enough time and energy, seek help from opposition supporters or appoint assistances as many as you need.BN won uncontested in 11 parliamentary seats meaning opposition lacks 11 leaders/ candidates.

Starting today until the next GE, keep record of mismanagements, corruptions (power and money), wrongdoings of BN for your campaigning points.

Most of the main media in Malaysia are controlled by the ruling party. opposition candidates must use alternative medium such as internet or blogs to convey their messages, counter the ruling party allegations, reveals corruptions by BN etc. if the candidates are busy, ask the party supporters to run the blog; maybe can elect media committee. The opposition have won five states and KL; make as many press conference as you can to address your developments, progress etc. each states have its own radio station; use these opportunity to deliver the messages.

Work very hard during this 4 or 5 years!!

If not, rakyat will vote for BN in the next election

if selangor can beat pahang or sabah or sarawak in economy, safety, education etc performances, the sabahan and the sarawakian and pahang people might choose the opposition in 13th GE.

The opposition must pick an outstanding state as a benchmark while governing the 5 states. If say pahang attracted 10 foreign investors, the five states must have more than 10 investors. If sabah crime rate is 10 %( let say it is a state with lowest crime rate), the opposition must have lower than 10% of crime rate. The examples are endless.