Masih lagi belum ada khabar berita tentang SPC MARA. Gusar rasanya hati ini. Namun telah lama pun ia pasrah dengan segala keterbukaan yang ada. Kini genap 2 hari tidak aku bercebok mandi.
Boiler kondem.
Kini aku sabar menunggu Sang Gelap Gagah membaikinya namun tidak pula kunampak kelibatnya itu. Mungkin masih nyenyak beradu mimpi bebas bersekedudukan dengan wanita berkulit putih dari B.I.R.M (Bosnia in Real Matta).
Confirm bantai.
Ayuh mari aku ceritakan kisah lima lelaki kepenatan mencari kebahagiaan di bumi London dan Catalunya. Malam sebelum itu niat di hati bertemu Nabila sambil menikmati kuew tiaw goreng special Nahar. Malangnya, tutup pula dapur ketika itu. Kami berlima Nik, Fit, Sam, Jeg dan Dug hanya mampu menghirup air bandung yang tidak kurang enaknya, sambil menjeling-jeling ke arah Nabila yang kurasakan 'overrated' malam itu.
Kami pun berundur diri untuk bermain poker bersama Wahab. Rancak bermain poker berbual mesra maka kami pun ke agenda utama kami, Poker en Neasden. Dalam perjalanan pulang sempat juga kami menelefon Hippo Pizza untuk santapan malam. Thanks to Sam's quick thinking, we managed to call them through 118 118 since no one has got Hippo's number.
Poker punya poker punya poker seolah-olah kami hilang semangat untuk terus bermain. Mungkin kerana telah muak bermain sebelum itu. Namun pelbagai diskusi hangat diperkatakan malam itu. Maklumlah, bila sahabat berlima berjumpa, apa lagi yang mahu diceritakan?
Pelakon utama: Dayang NurfaNIZA Kemerahan.
Qiqah ramai-ramai.
Sempat juga berbual politik. Macam biasalah apabila familiar faces bertemu, apa lagi kalau tidak berborak politik? Diseling pula dengan berborak itik. Itik-itik tonggek yang tidak berkesedaran diri membuat onar di bumi orang. Amat curious aku malam itu. Berkali-kali kucuba korek siapakah gerangan itik-itik kurang sopan itu? Sehingga kini kutidak tahu.
Bantai.
Bagaimana pula dengan Kumpulan Tiga Line? Mahu sahaja aku berkomplot dengan rerakan tentera dan polis menembak sahaja mereka ini di kaki. Baru mereka tahu siapa yang lebih kuat. Walaupun Sheih Kickdefella mati-mati menuduh kumpulan yang bertemakan lambang Adidas itu adalah naungan P.M., aku yakin dia hanyalah beromong kosong sahaja mencari publisiti murahan.
Siapa perlukan kumpulan pengecut ini pabila anda berkuasa di atas segala bala tentera dan polis negara?
Sheih, insaflah. Mungkin keadaan sekarang mengingatkan kamu untuk memilih jalan yang benar. Less controversial but facts or quit blogging altogether. My prayers are with your Mum.
Ameen.
Model hari ini: Eva.
Featuring Tupac Malaysia: NEDarussalaam Al-Naussri.
Oh ya. Ina Naim telah bertunang baru. Mawi masih lagi memancing gadis sexy memegang joran. Mungkin umpannya belum mengena. Biarkanlah Luncai dengan labu-labunya. Pabila terasa diri ini sangat hebat boleh memiliki segala gadis elit di perut bumi ini, ikatan pertunangan bagaikan tiada ertinya. Pegangan agama pula dijadikan mainan. Nanti apa pula kata mereka?
"Pakai tudung labuh pun buat video dan terlanjur"
"Berzanji di kaca TV pon berputus tunang"
"Setiap hari di surau berkopiah pun berpegang tangan"
"Penyanyi nasyid pon suka melanggan pondan di Lembah Klang"
"Dulu ahli persatuan agama namun kini giat berclubbing dan minum"
"Abu Nawas dan Alexander the Great (kononnya Iskandar Zulkarnain) pun homosexuals jugak"
Sedih hati ini apabila nilai-nilai Islam dikaitkan dengan perlakuan sumbang. Amarah hati ini apabila orang-orang yang sepatutnya membawa panji-panji Islam berlaku onar. Imej Islam dijadikan scapegoat untuk mereka membahas dan men-justify perbuatan mereka.
All in. I call.
Begitulah kesudahan aku bermain poker malam itu. Penat rasanya untuk teruskan permainan. Selesai Subuh kami berlima beradu sebelum terbang ke bumi Catalunya. Di Stansted, Fit, Jeg dan Dug bertemu Fnd. Ya, kami semuanya mempunyai nicknames Tiga Abjad. Ironinya bagaikan ikan kembung Tiga Rasa.
Laparnya.
Kunjungan kami di Barcelona bagaikan kunjungan di La Ramblas. Hostel Kabul rupa-rupanya milik saudagar Maghribi bernama Mohammad. Ada kemungkinan segala staffnya pon beragama Islam. Ini termasuk bodyguard garang orang pertama menyambut kami di lobi dengan matanya menyorot ganas.
Kufikirkan dia dari Russia.
Makanan utama: Paella di Restaurante La Choquitos di La Rambla.
Minuman utama: Coffee (I wonder why)
Hobi utama: Tidur, duduk-duduk di kaki lima.
Permainan utama: Royal, Bluff dan Declare with Power Card.
Racist joke: Ada anjing juga, ada bukit juga, anjing itu woo woo woo, bukit tara jatuh.
Dengkuran Bagaikan Kerbau Menguak.
Aku amat terbiasa dengan dengkuran maut itu. Mungkin sejak dari KMYS lagi kerana selalu kukunjung tidur di chalet itu. Malangnya tidak pula kepada mereka yang berkongsi dorm Kabul dari America, Australia dan Switzerland. Jika semalam amat seronok berbual berloghat America bersama, keesokannya mereka tinggalkan kami tanpa kata-kata. Mungkin marah rasanya. Diganti pula dengan orang Swiss yang berbahasa German keesokan harinya mendengus kemarahan acapkali terdengar dengkuran itu.
"What the hell?" ujar seorang (translated).
"Haaaissshhhhh!!" tambah lagi seorang.
Ditepuk-tepuk badannya didodoikan sehingga bunyi-bunyian itu berkurang. Ada juga yang tidak tahan sehingga meninggalkan tempat tidur untuk berjalan-jalan di Port seorang diri. Disergahnya oleh lelaki berkulit hitam mengoffer sesuatu.
"Don't worry man, I've got GONG" ujarnya memujuk.
"It's O.K." dan terus beredar dari situ secepat mungkin.
Takut juga jika diberikan gong sebenar untuk dipalu. Baik juga kerana kuranglah tidur-tidur dan duduk bersahaja. Haha.
Ayat imaginary by the Americans: "I dont understand these Malaysians. They come all the way to Barcelona just to sleep?"
Sempat kami bersinggah berseloroh di Park Guel, Sagrada Familia, Barcelona Beach dan Nou Camp. Puas juga kami melihat udang-udang galah berjemuran di pantai walaupun tidak sempat kami menyaksi jerung beroda di L'aquarium. Restaurant Chino juga sempat dirasa setelah kami berkali-kali dituduh berasal dari China oleh orang awam.
"China, china, china!!" ujar seorang Catalan berumur 40-an kepada rerakannya di McD. Confident. Yakin persis. Dialah Gandalf. Dialah professor. Dia tahu semua.
Bila mungkin bangsa Melayu dikenal dunia? Hmmpph. Asyik duduk-duduk sahaja. Tidur sahaja. Mana mungkin?
Agenda kerajaan: Bahasa Melayu reverted to Bahasa Malaysia. First sign of One School For All?
Perjalanan kami di Barcelona tidaklah begitu gah. Namun, aku amat menghargai persahabatan kami yang ditambah erat dengan makan-makan angin ini. Justeru kami mengabdikan perkelahan ini dengan karikatur yang dilukis oleh pakcik yang bermata satu. Sebagai tanda tidak melaPAH kawan di masa-masa akan datang. Akan kita menge-frame-kannya seketika nanti.
ASB Full. Ayon FULL-ness.
Sebelum meninggalkan Kabul Hostel, ada pula drama swasta yang ditonjol oleh lelaki mereng di mana dihentaknya kepala dengan 4 biji gelas kaca. Akulah yang paling hampir dengan insiden itu namun sekelumit serpihan kaca pun tidak menusuk kulit aku. Jika tidak, mahu juga kusekeh kepalanya yang giat mencari kontroversi itu. Malangnya sedikit kaca terkena Fnd. Namun tidaklah serius.
Bayangkan jika serpihan itu tertusuk ke mata? Orang ramai yang berdekatan terpinga-pinga. Mungkin ada juga yang membuat spekulasi yang dia amuk terhadap kami orang Chino kerana kamilah yang paling dekat dengannya.
Skeptical. Skeptical.
Dengan sepantas kilat polis pon tiba dan menenangkan Catalan mereng itu. Mungkin penangan arak yang turut membantu menambah ke-emo-annya. Minum lagi. Minum. Ada apa dengan minum-minum?
Besar!
Dengan sepantas kilat, masa untuk pulang ke bumi London pun tiba. Hiba juga rasa hati ini. Entah mengapa. Mungkin kerana sedih tiada masa untuk ke Alhambra. Mungkin juga inilah trip Eropah terakhir bersama Fit dan Fnd yang akan pulang ke tanah air for good tidak lama lagi. Mungkin juga tidak mahu kutinggalkan Bandar Catalunya yang penuh dengan udang galah besar.
Apa yang pasti, terlalu banyak benda yang berlaku lately. Cuma harapan aku, kesemuanya diakhiri dengan happy ending. Salah tetap salah. Jangan di tegakkan benang yang basah. Salah tetap salah.
And no joy in Lina Joy. Lots of educated people might think she must be given the right to change. But have they considered the consequences of letting her to legally change her status?
It was a correct decision. No doubt about it.
Finally, selamat pengantin baru kepada mereka-mereka yang akan diijab kabul hostel this summer. This includes Dina-Lada, Fadzrul-Awin, Ajak-Hajar, Fairuz-Asma', Shasha-Shahrul and Pakyat-Ina (at merisik stage). This is more like it. Kahwin itu kan lebih teguh ikatannya? Janganlah menyakiti hati dan menjatuh air muka orang tua-tua. Malu akhirnya. Besar dosanya.
Maaflah kupinta kerana tidak dapat hadir bersama menjadi saksi pernikahan kamu semua. Semoga berbahagialah beranak cucu hingga ke akhir hayat hendaknya.
Tidak lupa juga kepada Awanis dan Azhari yang menyambut kelahiran anak sulungnya Azalia yang sangat comel bermatakan bondanya dan bertelingakan ayahandanya. Tahniah juga kepada Sitt yang juga kini bergelar ibu. Dan juga Shu dan Lan yang bakal menimang anakanda pertama Januari 2007, insya Allah.
As for me, I have nothing to share. And I dont like my story to be an entertainment. Haha!
Yang benar,
Jeg,
Chino en Catalunya.
Note: Jangan dipanggil Hang Kebun dengan nama itu. Akan ditumbuk mukamu tanpa rasa belas kasihan dengan tumbukan halilintar menerjah kebun sayur peringkat kelima.
No comments:
Post a Comment