Tuesday, December 19, 2006

Bristol Bang Bus

(WARNING: Look away if your mother, sister, girlfriend or brother's name resembles 'Minah' or 'Cik Minah')

Pagi Sabtu itu, aku bingkas bangun dari mimpi yang asyik setelah semalaman bermain Pro Evo bersama Smoke dan Fendi. Kami baru pulang dari Mawar (saksikan 2 episod yang lepas) namun perut kami belum reda maka kami meng-order Hippo Pizza dua regular. Kekenyangan yang tidak dapat dibendung menyebabkan kedua-dua Fendi dan Azeem tidur awal. Aku yang takut tidak dapat bangun sepaginya lantas bermain FM Manager. Namun tepat pukul 4.15 pagi aku pun beradu lah.

Sesampainya tiga sesumpah ke Victoria Station, aku, Fit dan Sam pun bergerak laju ke arah bus station. Nun tersergam indah megabus ke Bristol di mana terdapat kelibat seorang gadis India Britain yang tidak kurang enaknya (wajahnya). Kami pun menaiki bas yang kelihatan baru dan canggih itu seperti datuk-datuk yang membeli gelarannya dengan gah sekali.

Borak-borak bertiga brokeback kami pun qadha tidur masing-masing kelihatan selesa beradu dibuai mimpi. Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pun tiba di perkarangan bas di Bristol. Setelah 10 minit menanti maka kelibat syaitan kerdil, balaci ifrit utama pun muncullah dengan membawa kereta merah api neraka. Amat terhibur sekali apabila aku amati jam digital di dalam kereta syaitan bermisai itu. Saling tidak tumpah seperti jam bawah-kira (countdown) yang digunakan oleh The Predator sebelum meletupkan dirinya dan sekalian yang berada di sekitarnya.

Sesampainya kami di teratak empat jejaka Bristol kami pun dengan muka tak malu megharap masakan telah tersedia. Lembaga tegap berkaca mata tiba-tiba dapat kuperhatikan. ZaidPet namanya. Sudah lama tak kutemu asylum seeker itu. Beliau sedang bertukang bersama Encik Duggie yang obvius kelihatan baru bangun tidur.

Kami kemudian pergi menjamu selera di Nando's Bristol halal. Mana ada Nando's Halal kat Bristol! Hang buhung ah. Saya ni suspicous mind sikit. Dug berbelanja kami bertiga dan suasana dalam kedai milik saudagar arab yang sejuk itu gagal membantutkan selera kami yang bagaikan kerbau kontot membantai sampah sarap di belakang rumah Isa Samad (bukan nama sebenar).

Kemudian sesuatu kebalokan yang maha besar pon berlaku. Sam berborak menyatakan yang ayahandanya berasal dari Kulim. Tetiba Fitri dengan lantang suaranya menanyakan kembali kepada Sam "EH KULIM, BAPAK KO SAM?". Apa lagi... kami semua terburai ketawalah! Ini lagi grand dari 'pada ah lawang' - Mozac (lawa ah padang). Inilah akibatnya dok notice balok orang-orang lain. (jika ada sesiapa yang ingin share kebalokan yang lain sila tulis di shoutbox)

Hai Cik Minah... mari kita usik-usik 2X (ikut rentak lagu Jingling Nona)

Malam itu kami pun bergerak ke Cardiff di mana Abbas dan Fik (many thanks) menyediakan kami kambing gurun berkuah black paper. Sambil-sambil Sam mengusha DVD cerita Naked Weapon. Saya ni suspicious mind sket. Kufikirkan ini adalah cerita biru. Namun fikiranku meleset karena ia adalah cerita berkisarkan sekumpulan anak-anak gadis yang ropawan dilatih menjadi pembunuh upahan. Nasib baik artisan-artisan cun-cun belaka. Sungguh tidak masuk akal cerita ini. "dah namapun ceritaa....orang buat cerita..."

Saya usik Cik Minah, Cik Minah Usik saya... 2X

Malam itu kami pun bergeraklah ke panggung wayang. The Prestige. Mantap sekali lakunan Hugh Jackman. Sekembalinya dari panggung itu kami tidak henti-henti membincangkan tentang cerita itu. Last-last menemui kata putus bersama di mana mereka (Christian Bale) itu adalah saudara kembar.

Usik punya usik, lama-lama jatuh cinta.. 2X

Sekepulangan dari bandar Cardiff kami kami pun bantai makan kambing lagi bersama roti... aku yang sakit tekak dan tiada suara mencuba juga menelan kambing lazat itu.. dan berbual sama... Borak-borak dan gayut-gayut kemudiannya kami pun pulang ke Bristol.. gemersik sungguh lagu ini, ujarku... mengapa band itu (GG Group) tak pernah memenangi Juara Lagu? Jonet sememangnya mempunyai koleksi lagu-lagu 80-90-an yang amat kami gemari seperti Aris Ariwatan, Awie, Ramli Sirap dan lain-lain.

Hai Cik Minah mari kita main cinta.. 2X

Saya cinta Cik Minah, Cik Minah cinta saya... 2X

Sesampainya di rumah aku pun tidak tahan lagi mahu tidur dan terPD lah di kamar milik Yan yang kini berada di London. Ngntuk dan kuharap bangun-bangun nanti bolehlah tekakku kembali normal. Pukul 11pagi gitu barulah kubangun. Pagi-pagi saja kulihat rerakan melayan maikakis. Amacam ada stok baru? Sorang tu gayut lagi.. gayut.. gayut...

Cinta punya cinta, lama-lama rubber-rubber 2X

Encik Dug menjalankan tugas rutinnya memasak nasik goreng duggienya... sungguh lazat sekali.. sambil-sambil layan MTV Hottest Hook Ups.. borak punya borak kakis punya kakis kami pon plan mahu ke jejambat gantung di pekan Bristol. Sejukkk!! Kami bernasib baik kerana according to Jonet and Dug, telah sekian lama Bristol Council tak membuka lampu-lampu di jabatan gantung itu. Cantik tersergam indah...

Hai Cik Minah mari kita rubber-rubber 2X

Kesejukan bagaikan si rempit merempit tak berbaju kami pun cari tempat berteduh.. di rumah Wan Syahira Kolmee... bukan Comel tp Kolmee... mungkin karena lambat menge-sound kehadiran kami, tidaklah pula beliau yg kini berkaca mata menyediakan makan malam.. Kami agak lapar ketika itu... Ah PD ah!! Lapar + Sejuk cakap lu.. silap ah tak sound Syira awal-awal.. kalo tak boleh demand nasik beriyani.. Tak dapat makan kami pun PD lagi... borak-borak CIk Minah sayang.. dengar-dengar segerombolan batak Flabby Roggy dan tak lupa juger lagu Hijau Kuning.. dan of course, kisah budak2 medic... ada yang kena reject project berjudul "Why Islam prohibits Homosexual Activities". Confirm ah kena reject. Ini negara England. Ada juga kisah seorang jantan tak sedar diri racist berasal dari SOuth Africa berkulit putih bernama Jacques (French name). Jacques ialah musuh Syira Kolmee. Borak punya borak saudara Dug pon ternampaklah "Call me!" terpampang maka begitulah dapatnya nama baru Syira Kolmee.

Rubber punya rubber lama-lama naik kuda 2X

"Patut ko mengframekannya...!" Kami pon mengorder pizza dan Syira mengajar aku bermain poker. Baru je rasa nak balik dah ada permainan baru. jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Setelah kalah melawan speed (Fit bermain keji) bersama Syira 3 kali berturut2 aku perform plak main poker malam tu. Biasa ah hasutan syaitan. Kami bertaruh menggunakan thumbtacks di mana Sam asyik2 all-in. Jonet dan Syira pergi beli chicken burger (supper) dan aku pun mula kalah.

Hai Cik Minah mari kita main kuda (joget kuda kepang) 2X

Agak-agak tgh malam itu Syira pon menghalau kami secara sopan kerana beliau mahu berstudi. Sampai sahaja di rumah kami pon sambung main pakau (pinjam thumbtacks Syira). Seblum tu layan video politik sambil-sambil pakau. Dug dah pun berdengkur giur maka kami bermain berempat. On fire malam tu maka ter-addicted lah main poker. Sampai ada plan nak beli poker set! Huarghh!!

Saya kuda Cik Minah, Cik Minah kuda saya 2X

Malam itu agak-agak pukul 5 pagi kami pun bantai tidurlah. Tekakku masih gatal2. Terasa rock lah plak hilang suara. Ramli Sarip wei!! Serak-serak basah IKLIM. "Kerana, isteri tua yang tak merestui, cinta kita..." (Bukan Aku Tak Cinta -IKLIM)

Kuda punya kuda lama-lama anak dua 2x

Pagi itu Dug masak lagi beralas perut maggi. Jonet nak ke kelas. Kami pun bekemas2 untuk pulang ke kota London. Baru sahaja nak burn lagu2 melayu tapi terasa malas la plak nak pilih lagu. Tiba-tiba Jonet call menyatakan tiada kelas aritu. Kami pun ke central untuk Lunch sebelum pulang ke London. Pinjam duit dug bantai ayam Non-katok. Jonet bercerita yang aku mengigau semalam. Tak tau ah mimpi apa tp amat dodgy sekali bunyinya. Seolah-olah terPD dalam mimpi. Biar betul....

Sunggun hiba kami lihat bas yang bakal bawa kami pulang. PD ah!! Jauh skali rupanya dengan bas yg kami naiki ke Bristol. Macam ReCon TownBus. Sakit pepinggangku nak tidur. Kami seolah2 emo tak berborak pon on the way balik London. Bas macam Bang Bus!!! Arghhh!!

Hai Cik Minah Anak kita sudah dua
Hai Cik Minah Anak kita sudah dua

Cik Minah jadi mak janda, saya jadi duda
Cik Minah jadi mak janda, saya jadi duda

Janda punya duda lama-lama datang bala
Janda punya duda lama-lama masuk neraka.

Many thanks to Bristolians!!! Sila-sila datang ke London ~~!!! PD ah!!

2 comments:

Anonymous said...

lagu cik minah 2 familiar sgtla...lu batch mane r bro??

Madeku367 said...

batch mana sekolah apa?