Malam itu kami bertiga Azeem, Affendy dan Azrul bergerak dari Neasden Station ke Edgware Road untuk menikmati masakan Malaysia di Mawar. Pertama kali aku ke sana. Terdengar juga kisah-kisah kelat tentang Mawar. Mungkin Mawar tak seindah bunga mawar mengembang dinihari.
Sempat jua bertiga bermain Pro Evo lima pabila tetiba Sang Zaid Si Gagah Perkasa menelefon meminta kami bergerak seawalnya. Terasa juga untuk menghabiskan permainan sejoli itu namun demi kawan, kami pon bergerak laju.
Sesampai di sana ternampaklah dua jejaka seorang berpunya. Fitri namanya. Aku memeluk Zaid gaya brokeback namun kerinduan tidak dapat lagi dibendung hati. Setelah sekian lama tidak kutemu Zaid. Sebelum ini asyik me-reject ku sahaja. Termasuklah seorang sahabat yang bapak besar bernama Ahongaa.
Seperti dipukau kami berenam duduk di luar dan bergurau senda. Walhal, angin sejuk kotaraya London menusuk ke dalam tulang sum-sum bagai jarum dalam selumbar. Arakian, kami pun masuk ke pentas Mawar di mana aroma hidangan masakan melayu, india dan cina terus menerjah ke dalam serombong kapal kami.
Kami duduk-duduk dan berbual-bual dan soalan pertama kuajukan Zaid adalah berkenaan rancangan masa depan. Lantas, Si Tua Berkaliber Azeem terus menge-sound aku meminta untuk rilek-rilek dulu, order makanan dulu. Panglima 4 Serangkai terus bingkas mem-backing aku dengan kalimat "rilek ah Smoke... tau ah dah kerjaaa". Aku cuma tersenum sinis menampakkan braces yang berumur 4 tahun itu.
Tatkala menunggu santapan diraja kami berbual-bual seloka gembira. Tiba-tiba muncul Apu of Bodom, panglima aktuari dari nergeri Sodom. Telahpun aku mengorderkan Nasi Gureng Selatan Thai untuknya maka Panglima Serangkai Keempat Nik Harris pon muncullah. Masing-masing lapar seumpama beruk belaan Ifrit Utama dan kami pon makan dengan lahap sekali kecuali aku yang sedikit keciwa dengan performance Tom Yam celup-celup mee itu. "Baik makan celup-celup Nini," ujarku selamba.
Tatkala kami sedang hirup tap water tiba-tiba gegak gempita bunyinya seolah-olah kota London dilanggar pengganas pengecut sekali lagi. Aku dah mula maki-maki emo gaya Jerui. Namun, kami semuanya sujud syukur karena yang hadirnya ialah si gadis Tiong Hwa bernama Ah-hong tetapi berupa Melayu. Kulitnya yang sawo matang gagal untuk meyakinkan JPA memberi duit kocek lebih menyara diri di metropolitan ini. Ahong seolah-olah sudah berubah dengan gaya dingin (cool)-nya itu apabila berpora-pora tidak mengenali Si Perkasa Waqi. Atau mungkin dia bebetul alpa karena gagal memenemui kami segerombolan Melayu sebelum ini.
Nah, kami berkumpul bersembilan berseloroh dan kami amat gembira. Pelbagai berita yang kami terima. Kenangan silam satu persatu terpancar dari minda kami. Dari perbualan serius (time machine Asarura) kepada perbulaan sensored. Nampaknya Guys' Night Out amat berkesan karena kami tidak perlu cover-cover pabila mahu berborak nakal.
Muncul kembali lawak klasik Jerui yang berunsur perkauman berkenaan masyarakat yang bertanggungjawab menarik turun purata sedunia kepada empat sahaja. Namun, Ahong telah mendapat ide-ide menarik yang belum pernah kudengar untuk mem-backing dirinya. "I am half Iban half Chinese. That's why kulit gelap macam melayu." ujar meka dengan sedikit bahasa penjajah. Namun aku masih rasa Ahong masih contribute dalam statistik sedunia itu. Alahaai Empat je??
Arakian, Ahong bengis maka me-retaliate dengan kata2 "Bloody hell, muka macam ini pon buleh dapat ramai awek ka." Hahaha! Aku sendiri tergamam malu. Pandai pula si tembam ini bermain kata. Aku tewas tak terkata. 4 Serangkai po terburai ketawa. Hahaha!
Kami pun pulang ke rumah memasing. Ahong yang berniat membelanja sago tidak menjadi kerana tiba2 duit lebih. Abang Mawar yang tak henti-henti mengutip 'bowls' and 'plates' cuma mengundang amarah kami bersembilan. Dengan gaya pondan tak jadi, "Can I take your glasses or bowls.. whatever you call it..." Aku pun dengan gaya gaban menjawab, "Mangkuk... mangkuk.." Sinis. Takkan tak reti cakap Melayu dah kot.... "tau ah dah kerjaaaa..."
Malam itu tiada balok berlaku. Nantikan entry akan datang berjudul Bristol bersama Cik Minah.
p/s: this is my first entry since ada internet pagi tadi, which went on LIVE about two hours ago. heheh.
No comments:
Post a Comment