Ini negeri Selangor. Kita ada
undang-undang tubuh negeri. Sultan punyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar
Selangor. Adakah Anwar sebenarnya mahu hancurkan Pakatan Rakyat supaya mendapat
kepercayaan UMNO-BN demi mencapai kerajaan campuran bersama, sekaligus menaiki
takhta Perdana Menteri ketujuh selepas Najib?
Seperti mana yang ramai sedia
maklum, baginda Sultan Selangor telah murka dan menganggap PKR dan DAP biadap
dan penderhaka kerana melanggar titah baginda mengemukakan lebih daripada dua
calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Halangan diraja ini dikatakan
telah dijangka oleh budak Tingkat Empat Istana Segambut namun kenyataan itu cuma
mengundang lebih banyak gelak tawa masyarakat Malaysia terhadap budak mentah,
angkuh dan tidak berkesedaran diri ini. Cerdik atau tidak, pelajar sekolah
rendah darjah satu pun tahu lebih daripada dua bermaksud minima tiga.
Datang pula seorang cerdik pandai
yang kononnya pakar perlembagaan dengan bangga berkata “menderhaka bukanlah
suatu jenayah”. Tidak lupa juga yang
menyindir dan menyerang Presiden PAS hanya kerana beliau cerdik daripada mereka,
memahami dan menjunjung perintah tuanku Sultan Selangor setelah mengemukakan
tiga nama bagi calon menteri besar.
Bukankah Sang Ketua Umum tidak
tahu mengenai konsep raja perlembagaan di negeri Selangor dan Malaysia secara
amnya? Dan mengapa pula DAP boleh terikut-ikut telunjuk Sang Ketua Umum
bagaikan lembu yang dicucuk hidung tentang hal ini?
Adakah kerana mereka fikir sistem
diraja harus dihapuskan dalam masa akan datang seterusnya menjadikan negara
Malaysia negara republik?
DAP hari ini telah pun meminta
ampun kepada Sultan Selangor dan menuding jari kepada PKR. Jadi, bukankah semua
ini hanya membuang masa dan Serampang Kajang cumalah suatu langkah
menunjuk-nunjuk kuasa Anwar dalam PKR kerana kedegilan Khalid Ibrahim?
Natijahnya, Pakatan Rakyat telah
berpecah-belah tanpa UMNO mengusik mereka sekelumit pun.
Atau mungkinkah ada tangan-tangan
UMNO dalam Langkah Kajang?
Ini negeri Selangor. Kita ada
undang-undang tubuh negeri. Sultan punyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar
Selangor.
Adakah Anwar sebenarnya mahu
hancurkan Pakatan Rakyat supaya mendapat kepercayaan UMNO-BN demi mencapai
kerajaan campuran bersama , sekaligus menaiki takhta Perdana Menteri ketujuh
selepas Najib?
No comments:
Post a Comment