Thursday, February 13, 2014

Surat kepada Najib Razak (selepas PRU13) - Edisi Bahasa


Surat kepada Najib Razak selepas PRU 13 – Bagaimana untuk Selamatkan Malaysia?

Surat ini telah dihantar kepada Perdana Menteri Najib Razak melalui emailnya info@1malaysia.com.my sejurus selepas Pilihanraya Umum ke 13. Saya yakin dia tidak membacanya kerana lihatlah apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Surat asal ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi penulis tertarik untuk menulisnya kembali dalam Bahasa Malaysia.

Kehadapan Perdana Menteri Malaysia yang dicintai,

Tahniah kerana memenangi pilihanraya yang ke 13 yang ternyata sengit. Saya tak menyangka yang anda terperanjat dengan keputusan tersebut tetapi bagi saya, ia telah pun dijangkakan. Barisan Nasional bertarung dengan persepsi di mana mereka akan kalah kali ini atas sebab kekalahan banyak kerusi ketika Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008. Kononnya beberapa pihak di bandar mahukan sistem dua parti dalam politik Malaysia tetapi jelas ia menunjukkan keputusan pilihanraya dua bangsa. Sebagaimana yang anda sebutkan, “Tsunami Bangsa Cina” telah melanda Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, ini sangatlah merungsingkan bagi saya.

Jelas program 1Malaysia yang anda pelopori telah gagal. Saya telah dengar banyak kali Bukan Bumiputera meletakkan “1Malaysia” sebagai suatu omong-omong kosong. Realitinya, bangsa Cina Malaysia telah lama rasa terpinggir kerana polisi negara yang kononnya memihak kepada golongan Bumiputera. Walaubagaimanapun, saya tetap lihat ekonomi Malaysia dipegang oleh bangsa Cina.

Usaha keras anda untuk memenangi hati masyarakat Cina telah dibalas dengan undi kepada Pakatan Rakyat.  Usaha itu sebenarnya suatu yang boleh dipuji tetapi realitinya, sentimen perkauman masih menang! Strategi teratur dan bersembunyi di sebalik slogan “memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme”, mereka telah melancarkan serangan saraf dengan memburukkan institusi Bumiputera seperti UiTM, MARA, syarikat-syarikat kerajaan, RELA, UMNO, PERKASA adalah sangat jelas ditunjukkan khususnya daripada DAP. Ini sebenarnya adalah serangan hendap terhadap polisi-polisi kerajaan membantu golongan Bumiputera yang rata-ratanya masih mundur. Tambahan pula, bumiputera kini yang berpecah-belah memudahkan lagi masyarakat bukan Bumiputra untuk meraih kemenangan dalam PRU13. “Ini kalilah!” kata mereka. Apabila bumiputera dan Melayu khusunya berpecah dua, mereka sangka boleh menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya, anda kini mengalami keadaan yang sama ketika ayahanda Tun Razak mengambil alih tugas Perdana Menteri pada tahun 1970 setelah berlakunya peperangan saudara pada 13 Mei 1969. DAP dan GERAKAN yang majoritinya diikuti bangsa Cina telah melakukan kesilapan besar dengan meraikan kemenangan banyak kerusi pada pilihanraya tahun itu di jalanan termasuk di Kampung Baru. Menjadikan Syed Hussein Al-Attas, seorang Melayu liberal sebagai kuda hitam, Gerakan dan DAP telah memenangi banyak kerusi di kawasan-kawasan yang majoritinya Cina. Peperangan 13 Mei akan sentiasa menghantui negara Malaysia. DAP yang memenangi kesemua kerusi kawasan dimana 30% atau lebih adalah masyarakat Cina (kecuali Labis) kini bijak dengan tidak melakukan kesilapan mereka pada tahun 1969. Pakatan Rakyat akan mengeluarkan statistik yang Barisan Nasional kalah undi masyarakat bandar di mana pakar statistik ini haruslah orang Melayu. Hakikatnya, masyarakat Cina memanglah pengundi di bandar! Bijak? Bagi saya yang hanya berumur 30 tahun ini adalah sangat dijangkakan.

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya untuk mencapai kesatuan nasional? Saya pelik bila ada orang cakap Malaysia dah jadi negara “Dua Malaysia” (Bumiputera, bukan Bumiputera). Perkara ini telah lama berlaku sejak zaman berzaman. Ia menjadi lebih teruk lagi apabila Barisan Nasional tetap memberi sokongan dan wang untuk membina lebih banyak lagi sekolah jenis kebangsaan Cina untuk meraih cinta masyarakat Cina. Ini sebenarnya adalah kesalahan yang sangat teruk. Malaysia Cuma memerlukan satu sekolah kebangsaan. Saya tahu mereka mempunyai hak untuk belajar di Sekolah Cina di peringkat rendah, tetapi sekolah menengah jenis kebangsaan Cina juga telah diberi bantuan berpuluh juta. Sampai bila rakyat akan dipecah-belahkan mengikut kaum melalui sistem persekolahan?

Anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk menyelamatkan Malaysia, termasuklah kerjaya politik anda. Pintu jalan yang pertama, yang berwarna hijau, adalah dengan menjemput PAS berjuang bersama Barisan Nasional, memberikan mereka jawatan Timbalan Perdana Menteri II, melantik mereka mengepalai tugas-tugas ketelusan dan pencegahan rasuah, memberi ruang yang besar kepada para ulama dalam hal agama Islam (bukan setakat terpekik terlolong soal hudud) dan lain-lain. Ya, mereka telah kalah banyak kerusi berbanding 2008 (kerana orang Islam berpecah-belah) tetapi anda tidak boleh memandang rendah kekuatan jentera di peringkat bawah mereka. Nik Aziz telah pun bersara di arena politik kerana uzur. Ini sepatutnya memberikan anda peluang yang baik untuk berbincang dengan Presiden PAS Hadi Awang supaya orang Islam di Malaysia dapat bersatu akhirnya. “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Ini tak bermaksud kita mesti hokum masyarakat Cina kerana menolak Barisan Nasional termasuk Ghani Othman dan Ali Rustam (yang terkenal dengan memberi bantuan tak terhingga kepada masyarakat Cina). Apabila kita sebagai orang Islam yang bersatu dan memberi contoh tauladan yang baik, masyarakat Cina akan mengakui yang tiada harapan lagi untuk memenangi Piliharaya Umum dengan sokongan mereka seorang sahaja. Tiada lagi “Ini Kali Lah” kerana orang Islam dan Bumiputera telah bersatu. Masyarakat Cina hakikatnya memegang ekonomi negara sebanyak hampir 75%. Mereka juga tahu pegangan ekonomi mereka akan terjejas jika arena politik tanahair tidak stabil. Asalkan Malaysia terus berkembang maju, walaupun tahu politik milik Sang majority (Bumiputera), saya yakin Malaysia akan selamat di bawah pemerintahan Barisan Nasional-PAS.

 Atau, anda boleh ambil pintu jalan yang kedua, iaitu yang berwarna merah, dengan mengajak DAP untuk memasuki Barisan Nasional supaya ada wakil daripada pihak Bukan Bumiputera. Kalau nak cuba bolehlah tetapi saya tak yakin ini boleh menjadi kenyataan. Jika berlaku pun, ini bukan yang pertama kali di mana Gerakan telah menyertai Parti Perikatan. Lihatlah apa yang berlaku kepada Gerakan kini. Hidup segan mati tak mahu. Dengan DAP bersama Barisan Nasional, anda boleh terus memecah-belahkan negara dengan memberi segala bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina melalui Dong Zhong (dan tetap dikhianati kemudiannya). Anda juga boleh terus memberi makan malam besar-besaran secara percuma dan juga menerbangkan penyanyi K-Pop dari Korea bagi meraih “sahutan” dan sokongan padu rakyat Tiong Hwa. “Are you ready for Psy??? Yes! Are you ready for BN??? NOOOOOOOO!!!” Begitulah keadaan sebenarnya anda berilah segala-galanya kepada mereka dan mereka tetap akan sokong Pakatan Rakyat kerana sentimen perkauman yang telah terbuku di hati mereka yang diterapkan secara halus oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Anda juga telah diherdik dan dimaki apabila berada di pentas dengan perkataan “boo”. Boo panjang, boo pendek segalanya pun ada. Cukup lengkap dan padat sokongan mereka terhadap anda.

Jadi bagaimana sebenarnya untuk menyelamatkan Malaysia?

Politik - Anda ambil jalan yang berwarna hijau di atas. Betul, masyarakat Cina akan naik angin dan ini ditambah pula dengan kegagalan untuk memenangi pilihanraya yang 13 ini. Mereka telah ditipu oleh DAP yang mereka boleh memenangi pilihanraya di peringkat persekutuan dan akhirnya dapat melupuskan polisi-polisi kerajaan yang kononnya menyebelahi Bumiputera Malaysia. Anda sebenarnya terlupa yang undi Bumiputra dan umat Islam lah yang  anda patut jaga. Ada di antara kami yang telah pun terkilan dengan tindak-tanduk anda yang nampak sangat jelasnya melebihkan masyarakat Cina. Jika anda pilih jalan merah, sekelompok besar masyarakat Bumiputera akan terus-menerus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ya, mungkin kini Anwar tampak yang dia sangat liberal dan disokong Cina kerana dikatakan harapan baru untuk mempupuskan agenda Bumiputera. Tetapi bukanlah anda sendiri tahu yang Anwar ini bagaikan sesumpah, melalukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bukankah dia mengepalai ABIM menentang UMNO dan membawa perwatakan yang warak, sejajar dengan revolusi Islam di Iran pada ketika itu? Dan kini sangat liberal pula. Perkataan “Allah” boleh dipermainkan begitu sahaja di gereja-gereja. Jika jalan merah diambil, Anwar boleh jadi kembali “alim” dan membawa majority Rakyat Malaysia yang khususnya orang Islam dan Bumiputera Malaysia. Dengan jalan hijau, anda boleh berbincang dengan wakil MCA dan Gerakan yang beberapa polisi sedia ada yang sebenarnya tidak menguntungkan Bumiputera miskin pun - ditarik! Contohnya, diskaun Bumiputera untuk rumah baru yang berharga RM 800,000 ke atas boleh lah dilupuskan. Hal ini jelasnya cuma menguntungkan Bumiputera yang kaya raya padahal polisi yang baik sebenarnya adalah membantu kesemua rakyat yang miskin yang rata-ratanya kini orang Bumiputera. Seterusnya, walaupun sekarang ini kuota Bumiputera masih ada, para pemaju disarankan tidak perlu menyuarakan secara jelas yang adanya kuota ini. Pemaju sebenarnya boleh memberitahu bilangan unit sebenar yang dibuka kepada rakyat Malaysia, tidak mengira kaum di dalam suatu cabutan “new launch balloting”. Katakanlah 30% diberikan kepada Bumiputera, sepatutnya bukalah 70% sahaja. Jika bumiputera itu mendapat cabutan, orang awam akan dapat peluang lagi asalkan minimum 30% dapat dicapai oleh Bumiputera. Saya ada di sana ketika cabutan untuk memiliki sebuah rumah di Bandar Rimbayu dijalankan. Saya telah dimaki di dalam bahasa Hokkien dan Mandarin kerana pemaju itu telah mengisytiharkan unit rumah telah habis dibeli dan lain-lainnya adalah untuk Bumiputera. Mereka di sekeliling saya yang 95% nya masyarakat Cina telah menarik muka benci terhadap kami tujuh orang Melayu di situ.  Yang hadir beribu-ribu. Anda tidak akan faham perasaan kami sebagai rakyat biasa kerana anda tidak akan mengalaminya sendiri. Masyarakat Cina di sekeliling anda tidak akan tunjuk rasa benci terhadap anda sebab bukankah anda ini Perdana Menteri? Maaf jika saya terus-menerus memberi komen berkenaan polisi hartanah kerana saya terlibat dalam pelaburan secara kecil-kecilan dalam sektor ini.

Jika PAS bersetuju untuk memajukan negara dan menaikkan martabat Islam di Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, mereka tidak perlu pun menjadi “naungan” UMNO atau Barisan Nasional. PAS boleh membantu Barisan Nasional dengan bentuk suatu kerajaan campuran. Jika niat kita baik, PAS sendiri akan menyertai Barisan Nasional dengan hati terbuka tetapi biarlah mereka memberi pendapat mereka sendiri, secara bebas dan merdeka. PAS bukanlah suatu parti yang teruk pun mungkin ada di antara mereka, khususnya yang berumur masih tidak dapat memaafkan UMNO yang kononnya mengkhianati mereka tidak lama dahulu. Buktikan yang BN kini berbeza. Niat sebenar hanyalah untuk memajukan negara sejajar dengan menaikkan syiar Islam. Buktikan kepada yang bukan Islam yang Islam itu agama yang baik dan untuk semua. Jika Anwar ingin melawan BN-PAS, biarkan! Lambat laun rakyat termasuk yang bukan Islam akan sedar apa sebenarnya Islam itu dan mereka akan meninggalkan politik cauvinis dan perkauman DAP dan sama-sama bekerja demi mencapai status negara yang membangun dan maju. Saya beri contoh mudah sahaja, mengikut statistik, makin hari makin banyak masyarakat cerdik pintar Cina memilih untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan Islam dalam bentuk Takaful mahupun pinjaman perumahan “Musyarakah Mutanaqisah” kerana kedua-duanya lebih adil daripada konvensional. Masyarakat Cina khususnya yang muda-muda, tidak pernah bertemu rakan-rakan selain Cina akhirnya akan sedar yang mereka tidak boleh menang jika terus dengan cara rasis dan cauvinis DAP.

Pendidikan – ini harus dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sudah-sudahlah tu memerintah Malaysia dengan memecah-belahkan rakyat! Memecah-belahkan dari peringkat kecil pula tu. Saya berumur 11 tahun ketika apabila saya mengikuti Sekolah Rendah Kebangsaan St. Francis Institution (SFI), Melaka. Kami cuma bertiga orang Melayu di dalam kelas pertama Darjah 5 Merah! Sekolah ini bukanlah sekolah jenis kebangsaan tetapi kualiti pemelajaran adalah sangat baik. Saya fikir sebab itulah masyarakat Cina bersama SFI. Sekolah Cina ketika itu kami herdik dan ejek. “Kami” di sini termasuk rakan-rakan Cina saya satu sekolah. Di sini kami tanamkan sifat hormat-menghormati. Tidak pernah saya dibuli kerana warna kulit saya atau kerana saya ini golongan minoriti Bumiputera yang dibenci. Walaupun saya pernah terdengar seorang Cina menyebut “saya tidak akan kahwin dengan perempuan Melayu walaupun dia cantik kerana saya taknak dipaksa masuk Islam”, kes ini sangat terpencil dan beliau yang menyebut begini kini telah jadi seorang yang sangat anti-Bumiputera-Islam. Yang lain-lain kini biasa-biasa sahaja, tidaklah begitu melampau sepertinya. Saya tidak lupa episod kehidupan saya di SFI. Banyak perkara yang saya pelajari tentang toleransi kaum. Saya mengajar mereka Bahasa Malaysia walaupun tidak perlu pun kerana yang Baba Nyonya boleh jadi lebih pandai Bahasa daripada saya! Mereka pula akan mengajar saya Bahasa Inggeris di mana ketika itu saya tersangatlah hampas (hampeh). Saya percaya  ketika itu, orang Cina sayang Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu. Ingat tak, Tun M dan Barisan Nasional telah diselamatkan oleh masyarakat Cina padahal ketika itu Orang Melayu ramai menyokong Anwar Ibrahim. Orang Cina menjadi celik yang mereka memerlukan kestabilan politik dan kemajuan negara. Jadi, apa yang berlaku kepada orang Cina sekarang? Ini bukanlah suatu kebetulan yang sejak BN menghabiskan berates-ratus juta ringgit untuk membina Sekolah Cina, makin ramai lagi orang Cina menolak BN.

Gejala jijik rasuah – untuk meyakinkan rakyat, jika PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dengan BN, merekalah yang sepatutnya mengepalai inisiatif membanteras rasuah ini. Rasuah ternyata haram dalam Islam. Sesiapa yang mengamalkan rasuah di dalam Barisan Nasional haruslah berhenti melakukannya dan bertaubat. Berapa juta lagi yang mereka nak? Tidak cukupkah anak isteri sihat bahagia dan berjaya? Saya tidak akan sebut nama-nama yang saya tahu jelas korup tetapi sudah-sudahlah memperagakan harta rakyat kepada umum seolah-olah ayahanda mereka yang punya! Hidup berserdahana. Jadilah contoh yang baik kepada rakyat. Hidup di dunia ini hanyalah sementara, tak boleh bawak masuk kubur pun kemewahan dunia ini. Tetapi nama anda boleh ditempa sebagai Perdana Menteri yang terulung kepada Rakyat Malaysia. Tidak perlu tunggu isteri anda memuji-muji memanggil anda “Pemimpin Anugerah Tuhan”. Rakyat sendiri akan nampak kehebatan anda sebagai pemimpin yang adil dan baik kepada negara. Di negara-negara Islam Timur Tengah ini hampir kesemuanya kenal Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mereka tidak kenal Abdullah Badawi malah Najib Razak pun jauh sekali. Tun Dr. M sendiri tidak dapat memajukan masyarakat Bumiputera dan ini diperakui olehnya sendiri. Jadi, anda sebenarnya mempunyai peluang besar untuk menyaingi kehebatan Tun Dr. M sebagai pemimpin yang terbilang (bukan gemilang temberang seperti sebelum ini). Dengan berakhirnya rasuah, Pembangkang tidak aka nada lagi modal untuk memburukkan Barisan. Malah, tidak ada lagi asebab untuk menolak Barisan jika segalanya teratur, adil dan berjaya. Tiadanya rasuah, rakyat tidak akan mencari-cari masalah lagi dalam Kerajaan Malaysia. Laporan audit negara tidak ada lagi harga-harga yang tinggi melambung sebagai contohnya tukul besi berharga RM100. Isu-isu barangan Malaysia tidak berkualiti tidak akan ada lagi kerana Rakyat kembali mencintai negara yang dipimpin oleh seorang yang disegani. Rakyat akan menjadi bangga sebagai rakyat Malaysia. Hancur rasuah, hebatlah Malaysia.

Memerangi jenayah – mungkin pihak Kementerian Dalam Negeri ada mengeluarkan statistik yang masalah jenayah telah kurang. Hakikatnya, gejala social dan jenayah telah membengkak di Malaysia. Rakyat tidak lagi berasa selamat di mana kes tembak-menembak pula menjadi perkara biasa. Saya kini menetap di Saudi Arabia dan saya berasa selamat di sini. Undang-undang Syariah dilaksanakan di sini termasuklah hukuman hudud. Disebabkan saya telah menganjurkan anda mengajak PAS bersama-sama mengetuai negara, saya juga tidak rasa mereka akan bersungguh-sungguh melaksanakan hudud. Hudud hanyalah permainan retorik PAS bagi memenangi hati orang Islam. Tahukah anda soal hudud tidak ada dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. PAS bersama Barisan akan meyakinkan perkataan “hudud” ini tidak digunakan tetapi dilaksanakan dengan memastikan hukuman jenayah menjadi lebih berat. 10 tahun penjara adalah hukuman manusia bagi kesalahan merogol. Ini tidak adil dan seolah-olah memberi peluang manusia merogol dan terus hidup di penjara di mana makan dan minum dibayar oleh Rakyat! Allah tidak pernah kata kita wajib melabelkan hukuman jenayah dengan perkataan “Hudud”. Boleh saja melalui sistem yang dibaik-pulih dengan elemen syariah, hukuman jenayah boleh lagi ditingkatkan kepada yang lebih berat. Ada yang bebas melalukan zina dengan budak bawah umur (statutory rape) dan melalui sistem pengadilan kini, lelaki itu boleh pula dibebaskan! Jika hukuman itu berat, tidak ada lagi yang berani untuk melakukan jenayah. Hukum Allah sebenarnya untuk mengelakkan manusia berbuat jahat. Bukan untuk menghukum sebenarnya. (“Prevention” as opposed to “Punishment”)

Akhir sekali, melawan tohmahan dan fitnah di alam siber – isteri anda pun tidak terkecuali dalam hal ini. Malah, rakyat semakin berani mengejek isteri anda di khayalak ramai. Barisan sebenarnya perlu ada suatu portal yang cepat menjawab fitnah-fitnah di laman web, laman sosial, video serta media alternatif. Lupakan cara melalui akhbar dan media sedia ada termasuk Utusan dan TV3 yang mana jelas sangat bersama Barisan Nasional walaupun pura-pura adil. Lebih baik adakah suatu portal interaktif yang dari awal lagi mengaku menyebelahi Barisan secara terang-terangan. Segala jawapan haruslah berdasarkan kebenaran dan hanyalah kebenaran. Bukanlah jawapan politik ala Pakatan. Fakta, bukan auta, perlulah dipastikan sebelum dikemukakan kepada umum. Polis Diraja Malaysia boleh membantu dalam hal ini bagi menegakkan kebenaran, bukan disalah-gunakan. Sebagai contoh, pihak Pembangkang telah menuduh kerajaan membawa berpuluh-ribu warga Bangladesh untuk mengundi BN. Perkara ini telah dimainkan di corong-corong media alternatif sampai ada yang percaya. (termasuklah fitnah cincin RM24 juta isteri anda). Sehinggakan Malaysia ini dihina sebagai Banglasia oleh Anwar dan pengikutnya. Macam lah Anwar tak boleh gunakan China Dolls untuk meraih undi Cina jika dia memerintah. (Jangan nak memandai bawak masuk pelacur Cina dan suruh mereka undi BN pula!). Pemimpin Barisan haruslah berubah mengikut peredaran zaman, mengikut rentak masakini. Cara lama dah tidak boleh pakai dah. Kata nak suruh rakyat celik IT dalam dunia siber ini. Tak perlu pun bayar bloggers pro-UMNO yang mengharapkan balasan duit juta-juta. Dapatkan suatu pasukan cukup menyatakan perkara yang benar. Bukan fitnah dan tohmahan!

Saya berharap anda dapat membaca surat spontan saya ini dengan hati yang terbuka tentang perkara-perakara penting untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. Tak seberapanya pun pendapat saya ini tetapi inilah yang telah terbuku di dalam hati ini. Secara ringkasnya:

1.       Kesatuan Rakyat bermula dengan Kesatuan Umat Muhammad

2.       1Sekolah untuk 1Malaysia yang sebenarnya

3.       Memerangai rasuah seolah-olah bertarung demi nyawa sendiri

4.       Membanteras jenayah dengan mewartakan hukuman yang lebih berat

5.       Menjawab tohmahan melalui laman sosial yang berdedikasi

Monday, February 10, 2014

Riba' dalam Islam dan produk kewangan masakini

Saya tertarik dengan tweet yang dibaca di 'timeline' saya baru-baru ini apabila seorang saudara Islam dari Malaysia menegaskan bahawa Amanah Saham Bumiputra itu haram, dengan tweetnya semuanya berhuruf besar. Saya bersyukur rakyat Malaysia masih mahu menjaga halal dan haram walaupun beberapa 'public figure' seperti artis "diva pujaan" mahupun pemimpin "agung anugerah Tuhan" tidak memberi contoh yang baik kepada masyarakat. Soal makanan khususnya sangatlah dititik-berat oleh masyarakat Muslim Malaysia di mana pihak restoran disarankan meletakkan sijil halal bagi meyakinkan mereka ini, sehinggakan air mineral dan ubat gigi juga disuruh letak logo halal.
 
Sebelum kita berbincang, mari kita lihat dalil-dalil pengharaman riba' oleh Allah S.W.T. kerana itulah sebaik-baiknya:
 
"dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih." - An-Nisa' 161
 
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya" - Al-Baqarah 275
 
"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." - Al-Baqarah 276-280
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dua atau berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya." - A-li'Imraan 130
 
Jelasnya di sini Allah S.W.T. telah mengajar kita di dalam Al-Quran yang riba' itu sememangnya haram. Allah juga telah mengajar kita definisi riba' iaitu menggandakan nilai pokok sebanyak dua kali ganda atau lebih demi keuntungan pemiutang (pemberi hutang). Allah juga menyarankan yang jika penghutang itu dalam keadaaan susah, hendaklah memberikan masa kepadanya untuk melangsaikan hutang tersebut. Jika penghutang sememangnya tidak mampu membayar hutang tersebut, hendaklah melupuskan hutang tersebut dengan niat kerana bersedekah kerana Allah.
 
Sekarang, berbalik pula kepada persoalan jika unit Amanah Saham Bumiputera itu haram kerana percampuran dengan kaunter-kaunter saham yang di luar dari syarak. Sekiranya kaunter saham tersebut merangkumi jual-beli barangan haram seperti alkohol, jelas sekali penggunaan unit saham itu adalah makruh berdasarkan beberapa hadith kerana unit itu kini menjadi "harta syubahat".
 
Namun begitu adalah lebih selamat jika harta syubahat (yang ragu-ragu) itu dielakkan. Dari konteks ASB pula, yang diragui adalah perniagaan perbankan yang menjadi aset utama dalam tabung amanah tersebut. (Malayan Banking Berhad 23.23% - 31/12/2012)
 
Saya berpeluang untuk mendapatkan bantuan pinjaman perumahan daripada Maybank Islamic untuk membeli sebuah rumah di Shah Alam. Jika saya, (aku berlindung dengan-Mu ya Allah daripada musibah ini) mengalami sesuatu kesusahan dan terpaksa lewat membayar hutang tersebut, saya akan dikenakan denda sebanyak beberapa peratus daripada nilai baki akaun pinjaman. Ini juga bertentangan dengan dalil di atas dalam ayat Surah Al-Baqarah ayat 280. Sepatutnya, diberi peluang kepada peminjam beberapa waktu untuk melangsaikan hutang tersebut.

Mari kita lihat satu ilustrasi pinjaman perumahan di mana interest/profit rate adalah 4.2%, "daily-compounded", selama 30 tahun dan nilai pokok RM500,000. Jika dikira, nilai bayaran setiap bulan adalah RM2,446. Jumlah bayaran keseluruhan termasuk interest setelah 30 tahun adalah = 2446 x 12 x 30 = RM 880,560. Jumlah ini tidak melebihi dua kali ganda daripada nilai pokok (1.76112 kali ganda). Pengiraan ini tidak termasuk inflasi di mana nilai RM 880,560 kini tidak sama dengan RM 880,560 akan datang. (Insya Allah akan dikongsikan pendapat tentang inflasi dalam artikel yang akan datang). Pada hemat saya, pinjaman wang ini adalah halal dan dipersetujui kedua-dua pihak asalkan denda seperti di atas tidak dikenakan.

Jika kita lihat pula suatu ilustrasi pinjaman perseorangan (personal loan) dan saya akan berikan contoh yang sebenar-benarnya berlaku. Seorang hamba Allah ini mahu memulakan perniagaan MLM "bantal/tilam ajaib cahaya Dhuha" dan mahu mendapatkan pinjaman perseorangan sebanyak RM 3,000 sebagai modal. Beliau telah dipujuk oleh "upline"-nya untuk mengambil pinjaman ini dan setelah berjumpa dengan agen pemberi hutang dari syarikat AEON, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM 128 selama 5 tahun. Ringkasnya, jumlah perlu dibayar selepas 5 tahun adalah RM 7,680 iaitu 2.56 kali ganda daripada nilai pokok. Pinjaman wang ini jelasnya adalah haram kerana melebih dua kali ganda. Jika diamati daripada website AEON, www.aeonmalaysia.com.my, bagi jumlah pinjaman yang sama, "installment table" jelas menunjukkan bagi "New Customer" dia cuma perlu bayar selama 3 tahun sahaja, bukan 5 tahun. Jika ini yg diikuti, jumlah bayaran setelah 3 tahun adalah 1.536 kali ganda sahaja, kurang daripada 2 kali ganda yang dibenarkan oleh syarak. Jadi, sama ada peminjam ini ditipu oleh agen AEON atau "upline"nya wallahualam. Namun bagi saya, saya takkan ambil pinjaman seperti ini. Terlalu mahal dan tidak menjamin keuntungan hatta bayaran balik pinjaman!


Ringkasnya, sistem pinjaman wang di Malaysia sama ada "Islamic" atau konvensional masih lagi mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun ia semakin dekat ke arah "Pure Islamic Finance"/"Ethical Finance". Hal ini telah dibincangkan oleh saya di artikel ini. Jadikanlah Al-Quraan sebagai pegangan setiap insan kerana soal riba' telahpun diajar oleh Islam secara jelas dan telus kepada manusia sekaligus menjawab persoalan halal haram dalam produk kewangan masakini.

Semoga Allah memberkati usaha kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Mohd Azrul bin Abu Hassan

 
 
 

Sunday, February 02, 2014

Letter to Najib (post GE13) - How to save Malaysia

This letter was sent to Najib through his 1Malaysia email: info@1malaysia.com.my right after the GE13. I am pretty sure he did not read it, based on what we are seeing right now in Malaysia.

Dear beloved Prime Minister of Malaysia,
 
Congratulations for winning the hard fought 13th General Election. I am surprised you seemed shocked at the results but for me, Barisan Nasional has always been the underdogs since the 2008 political tsunami. As many so-called democrats asking for a two-party system, the result has shown Malaysia has become a two-race system. As you put it, "Chinese Tsunami" has hit Malaysia. As a Malaysian, this is particularly distressing.
 
Clearly your 1Malaysia programme has failed. I have heard so many Non-Bumis calling 1Malaysia is just a saying, a tagline, a publicity stunt. In reality, especially the Chinese, they have kept thinking current affirmative actions have been marginalising them. That being said, I still see the Chinese controlling the Malaysian economy.
 
Your tireless efforts to please the Chinese had backfired. They were commendable efforts but in reality, racial sentiments still win. Well-organised and hiding behind "fight against corruption, cronyism and nepotism", attacking Bumiputera institutions (MARA, GLCs, UiTM, RELA, UMNO, PERKASA) are clearly apparent especially by the DAP. This is actually a veiled attack against the Bumiputras and Malaysia's affirmative actions.
 
You are actually facing the same problem your late father Tun Abdul Razak had faced in 1969. DAP/Gerakan made a mistake by taking it to the streets for the victory lap. Victory for only the Chinese seats of course. Riding on a liberal Malay Syed Hussen Al-Attas, they have gained racial victories in Chinese concentrated areas. The incident ensued, as we know it, had become the darkest part of our history. But the DAP had learned from this mistake. No rally was done today, and there wouldn't be. Instead, DAP will play down their victory saying its due to the backing of the Malays or the urbanites. Smart? I am only 30 but to me this is somewhat predictable for the DAP lot. 
 
Now, what would be your next step for national unity? I am very surprised people in Malaysia claimed that we have two Malaysias. This has been going on since decades. It became more and more apparent when Barisan Nasional keep on building and supporting Chinese vernacular schools to please the Chinese. This is actually a fatal mistake. There should be only one, national school in this country. I know their rights of having vernacular schools but this has to be done away at some point in the future.
 
Clearly, some things have got to go.
 
You actually have a choice, for the sake of your political survival. The first green pill is that you can persuade PAS to join Barisan, offering them the DPM post, electing them to be heading the anti-corruption initiative, allow for the participation of ulamas in Islamic matters (not merely shouting the word Hudud of course) and others you can think about. Yes they are wounded after this GE (particularly because of how the Malays are divided) but you cannot ignore the power of their grassroots supporters. Nik Aziz has since retired from politics because of ill-health (insya Allah khair). This should provide a good opportunity to talk to the President Hadi Awang and see if we can finally unite the Muslims. "Bersatu teguh, bercerai roboh." That doesn't mean the Chinese should be punished for betraying your, Ghani Othman's and Ali Rustam's support. As soon as they realise the Malays are stronger again, believe me, you will not see another Chinese Tsunami come the next GE because I don't think they are foolish enough to think they can win alone. The Chinese is controlling the economy, they too know political stability is important. As long as Malaysia keeps developing, and realising they won't be able to win power all by themselves, I believe Malaysia will be in good hands of Barisan. 
 
Or take the red pill so you can persuade DAP to join Barisan (you can try but it was done before when Gerakan joins Perikatan. Look at Gerakan now). Then keep supporting Dong Zhong to build Chinese schools (and get betrayed again). Feed them with some mammoth dinners or holding concerts performed by Chinese-looking Koreans (and keep getting fooled). Some even booed you on stage, being disrespectful. Really, stop being in denial that we all live in harmony, kissing and hugging each other. The issue of polarisation in Malaysia has always been there. You only made it worse when more and more Chinese schools are being built using tax-payers money.
 
So how to save Malaysia? You take the green pill mentioned above. Yes, the Chinese will be angry (they are still sore for not winning at federal level). But you forgot that it is actually the Malays who you really have to take care of. We have realised how you have spent so much for the Chinese recently. If you choose the second pill, more Malays will go and support the immoral Anwar. And Anwar, as you are aware, is like a chameleon. He can suddenly change and say he will protect the rights of the Malays and then take you out taking PKR, PAS and disgruntled UMNO with him. You could start smoothen the deal with the Chinese like abolishing the Bumi discount for properties above 800k, because obviously, whoever could afford an 800k property, surely they do not need government's help to buy a property. At the same time, Bumi quota should stay but instead of letting the developers to announce how much is the %, make a strict directive to them to only mention how many units are actually available to the public (when comes to balloting). I was there at the Bandar Rimbayu balloting. I was hurled of racial abuses as if I don't understand Hokkien swearing by many because my friend was wearing the tudung. You might not notice this because only a normal citizen like us would experience this. Also, instead of not allowing the Bumis to sell their properties to Non-Bumis, allow us to sell it only after 5 years (and hopefully the Malays are already better off economically). Then, if PAS agrees, welcome them to Barisan in a form of a coalition government, not to be placed under the Barisan umbrella. They will apply themselves once you have shown how you have good intentions in making Malaysia a better nation. Let Anwar fight BN-PAS and see if he can really win. He will eventually give up, the Chinese will desert DAP, realising they cannot win (evidently PRU13, despite the Chinese super racial swing).
 
Education - this has to be done in stages. Enough is enough. I was 11 years old when I joined the national school SRK SFI Melaka. I was one of the only two Malays in class. The school is not a Chinese school but the level of education at that time (1994-1995) was superb. I guess that's why the Chinese stick to SFI. Although it was dominated by Chinese, we learned to respect each other. Never that I have encountered a racial slur except once from a classmate (he now becomes an anti-Malay-Islam racist Chinese). But I will never forget this part of my life. I taught them BM and they taught me English in return. I believe at that time, the Chinese love Barisan. Tun M was saved by the Chinese in 1999 election. So what have they become now? It is not coincidence that since Barisan started wasting hundreds of millions to build Chinese school, the more the Chinese have distant themselves from Barisan.
 
Corruption - to convince the public, if PAS (or DAP) agrees to setup a coalition government, they should be heading this initiative (not beheading it). Let them do this. Anyone in Barisan who is corrupt, they can stop doing it now as we speak. How many millions in the bank account would satisfy a person? I will not go into individuals but stop using Rakyat's money like your own money. Live a humble life, build the nation. Life is short to be just enjoying the worldly heaven. I really think it is more satisfying to have your name as the Father of the Modern Malaysia where everyone respects you. All I hear in this Middle East country is Mahathir Mohammad. He himself has also failed to make the Malays better. Without corruption, there's no more bullets for the Opposition to attack Barisan. There is simply no reason to hate Barisan. With no corruption, people don't care if the foreign cars are expensive or the national cars are so lousy (especially the power windows). This will bring a certain pride inside every Malaysian. That our country has the lowest corruption index in the region, if not the world. Without corruption, Malaysia will flourish.
 
Fighting crimes - the stats might say otherwise, but crimes are rampant in Malaysia. I am living in Saudi Arabia and I feel safe here. Hudud is implemented here. Now, since that I have suggested that you personally approach PAS to co-operate with Barisan, I don't think they are foolish enough to declare they will go all out for hudud. Hudud is not even in Buku Jingga, and hudud is only a tool to convince the grassroots supporters that they are all for Islam. In this case, PAS can simply assure their supporters under the new BN-PAS coalition, hudud is actually being implemented in a way of making the punishment for crimes more severe. 10 years for rape? That is like 10 years holiday for these horrible perverts! As hudud is such a taboo in this modern world, Allah has not make it obligatory to call his commands according to the Arabic name Hudud. But really, people get away for statutory rape? Are you kidding me with our judiciary system? Punishment for serial offenders has to be harsh. With harsh punishments, people won't be too brave to commit street crimes for example. I am sure there must be a motivating factor for these guys to repeat the crime. Don't tell me the police force are really nice people nowadays, letting them go after being locked up for a day?
 
Finally, combating malicious accusations/slanders (FYI your wife has not been spared). Barisan should have one dedicated website to quickly answer to all the accusations made by viral social networking posts, videos and whatever that was accused by the Opposition. The people of Malaysia will then just have to look for one website to find the answers. This website of course, will be contributed by the intel that you have (not slandering bloggers). It must be based on the truth. Facts must all be checked before releasing to the public. PDRM can always play a role although not directly but information can be checked. For example, the Opposition has accused the Government of bringing in Banglas. Very catchy Anwar tactic as if he wouldn't do if he comes to power. He could even bring in China dolls as phantom voters since the Chinese is so siding with him now (okay this is not the idea for BN to adapt, we DON'T have CHINESE votes currently). But of course, Barisan leaders must shape up and repent. Old ways have to be forgotten. I really think the most satisfying thing in life is not to have billions of dollars. But is to actually change the life of the masses for better. Bill Gates get this!
 
I hope you are able to read my spontaneous thoughts on what it should be done to make Malaysia better. It's not much but some points, I have been rooting for it for quite some time. To sum it up:
 
-National unity comes from Malay/Muslim unity. 
-1School for the Real 1Malaysia.
-Fight corruption like fighting for your life.
-Eradicate crimes by harsher punishments.
-Countering slanders at a click of a button.
 
Yours sincerely,
 
Azrul Abu Hassan @ Jeg Hui