Kesalahan:
Kartika = meminum arak di khalayak ramai
Kahar = mengajar dan mengetuai ajaran sesat sehingga menggelarkan diri 'Rasul Melayu'
Pengendali kes:
Kartika = Mahkamah Syariah Kuantan
Kahar = Mahkamah Syariah Shah Alam
Mengaku bersalah?
Kartika = Ya.
Kahar = Ya.
Mahu merayu?
Kartika = Tidak
Kahar = Tidak
Hukuman dikenakan:
Kartika = dirotan 3 kali serta denda RM5000
Kahar = penjara 10 tahun dan disebat 6 kali serta denda RM16,500
Status pesalah
Kartika = Umur 32 tahun, berkeluarga (dua orang anak)
Kahar = Umur 59 tahun, berkeluarga
Pandangan media dan orang ramai
Kartika = Sisters in Islam, Malaysiakini, TheStar, CNN, pejuang hak asasi manusia, komentar bukan Islam dan lain-lain media telah mengutuk hukuman Kartika yang dikatakan 'barbaric' dan ketinggalan zaman padahal Kartika sendiri berhak menentukan bagaimana cara dia mahu diadili mengikut hukum syarak. Adalah hak Kartika untuk menjadi seorang Muslimah yang tawadduk dan beriman kepada ajaran Allah.
...... Kahar?
"Biarlah orang tua tu mati dalam penjara. Menyusahkan orang saja!"
Pandangan saya:
Jika anda fikir mereka ini semua betul-betul mahu perjuangkan hak asasi manusia, fikirlah sekali lagi. Bukankah mudah jika kita berlaku adil kepada semua, bukan kerana sesuatu kes itu mendapat liputan meluas sedunia baru nak terhegeh-hegeh mencari nama demi kepentingan peribadi? Tidak ketahuan pula saya apakah hukuman sebaiknya kepada 'Rasul Melayu' ini. Adakah lebih baik jika berpandukan kepada ajaran Islam yang sememangnya adil?
Kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang cetek ilmu pengetahuannya tentang Islam (SIS khususnya), selidiklah diri sendiri dan tanyakan, 'siapalah kita untuk memberi pandangan kepada sesuatu isu yang kita sendiri tidak arif? Bagaimana pula anda rasa jika agama dan pegangan anda disoal sebegitu? Tidak marahkah anda jika orang yang tidak berpengetahuan tentang agama anda mempersoalkan mengapa anda perlu 'menyembah patung' atau pandangan sekular yang telah menjadi pegangan anda selama ini?
Hormati dan sayangilah orang di sekeliling anda. Fahamilah tentang agama dan budaya masing-masing supaya tidak ada lagi perbalahan sesama kita.
Tak kenal maka tak cinta.
p/s: Saya juga menghormati pandangan SIS namun oleh kerana mereka ini melabel diri mereka sebagai pejuang Islam (padahal bertentangan dengan Islam), saya terpaksa kecam mereka sama sekali kerana cuba mengubah Islam yang sentiasa asli dan adil.
Wallahualam.

2 comments:
saya setuju
uncle rase pandangan anak ni...sgt bernas... bagus...
Post a Comment