Semalam saya telah membaca akhbar The Star yang melaporkan Uncle Nasa telah lompat parti dari UMNO ke PKR.
Sementara sedang tekun menebas pokok dan membersihkan halaman, saya berboraklah dengan ayah saya yang dahulunya sangat rapat dengan seseorang yang kami panggil Uncle Nasa sejak kecil.
"Uncle Nasa pun masuk PKR..." ujarku.
"Orang politik biasalah... Perjuangan bangsa dan negara tak kira dah..." balas ayahku.
"Dulu dia UMNO. Dah menang dekat Bota tapi kerajaan Pakatan perintah Perak. Mungkin sebab dia takda jawatan sekarang sebab tu lah..." tambah ayahku lagi.
Pelik juga saya melihat Uncle Nasa yang agak gempal kini. Dahulunya dia agak kurus dengan cermin matanya yang besar, tiada misai kalau tak silap. Tetapi seingat saya Uncle Nasa ini baik orangnya.
Saya dahulu dengan abang-abang saya berkesempatan bermain bola di Bukit Peringgit bersama anak-anak Uncle Nasa. Kami rapat bagaikan 'family friends'. Marco dan Daniel sempat bermain bola dengan kami di depan rumah Pakcik Ujang Tahar. Kali terakhir saya jumpa Daniel apabila dia usik telinga saya di Masjid Al-Azim untuk solat Jumaat dan senyum pada saya. Tidak sempat kami berbual panjang kerana ketika itu kami masih kecil lagi tidak ada handset untuk bertukar number.
Sebenarnya tidak tersangka juga Uncle Nasa ini tidak sabar-sabar untuk menjadi orang berkuasa. Bagi saya, Uncle Nasa adalah seorang yang baik dan mungkin juga dia lompat parti kerana tidak tahan lagi dengan karenah segelintir orang-orang UMNO yang tidak mahu berubah.
Namun, Uncle Nasa tetap salah untuk melompat parti kerana itu, seperti kata Encik Karpal Singh, adalah tidak beretika dan seolah-olah mempermainkan pilihan penduduk dalam pilihanraya negeri Mac tahun lepas.
Jika mahu juga lompat parti, buatlah pilihanraya kecil lagi dan lagi!