Tidak habis-habis tentang program susu sekolah. Kanak-kanak pula menjadi mangsa. Tujuan sebenar program ini adalah tujuan murni. Mahu memberi susu-susu 'segar' kepada murid-murid sekolah yang tidak berkemampuan. Namun, seperti biasa, pihak yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan ini berkemungkinan tidak kompeten. Mengapa tidak kompeten? Hati skeptik saya berdetik. Saya merasakan mereka ini rakus mengaut keuntungan dan akhirnya lupa tentang tujuan sebenar program ini.
Atau mungkin tender dimenangi dengan rasuah? Mungkin juga.
Ibu bapa menjadi resah dengan telatah konsortium pembekal susu sekolah ini. Kini, tidak habis-habis menuding jari kepada satu sama lain. Manufacturer kah yang bersalah? Pengangkut kah yang bersalah? Penyimpan bekalan susukah yang bersalah?
Senang cerita, salahkanlah bakteria-bakteria dalam susu itu! Mereka yang bersalah sebab mereka tidak sepatutnya wujud di dunia ini!
Saya yakin proses pengeluaran susu seperti ini bukanlah suatu perkara mudah. Janganlah nanti nyawa anak-anak kecil dipergadaikan kononnya atas nama tujuan murni walhal syarikat susu meraih keuntungan yang melampau. Kita kembali kepada niat asal program ini.
Negarakuku.
Dalam isu yang lain, ia berkenaan seorang rakyat Malaysia yang mempunyai nama pena 'Namawee'. Bukan, dia bukanlah Mawi wannabe tapi giat merakam lagu-lagu sendiri. Sedikit keterangan mengenai Namawee, dia kini sedang menuntut pelajaran di Taiwan dan berasal dari Muar. Seorang pelajar sekolah Cina private, dia telah menghina negara Malaysia, lagu negara, agama Islam dan bangsa melayu. Perkara ini sangat-sangat saya memandang serius.
Bukan kerana saya ini Melayu, tetapi kerana saya ini rakyat Malaysia.
Risau resahlah hati saya melihat keadaan ini sekaligus memberi gambaran tentang hubungan anak-anak muda pelbagai bangsa di Malaysia. Begitu mudah jika saya hendak menuding jari kepada kementerian pelajaran tetapi apa yang saya amati dari blog beliau, ia menunjukkan betapa CETEK, BIADAP dan TIDAK BERMORAL penulis blog yang bernama Namawee ini. Beliau didakwa dalam akta menghasut sehingga membuatkan kekacauan.
Mengapa saya berkata begitu? Teringat saya tentang telatah anak-anak muda berketurunan Tiong Hwa menghina seorang wanita yang memakai tudung di hadapan saya di dalam gerabak LRT. Saya sedih kerana anak-anak muda sekarang tidak dapat berkawan dengan rakan-rakan yang pelbagai bangsa sekaligus mencetus perasaan perkauman antara mereka.
Sekolah satu aliran, bila lagi?
Banyak jugak 'merdeka wish' yang saya hendak nyatakan tetapi biarlah salah satunya Namawee dimasukkan ke penjara kerana menghina negara sendiri dan juga kaum lain. Saya harap di waktu ini, bolehlah ISA digunakan kerana jika hendak menunggu prosedur, sampai tahun depan pun tidak akan siap waran tangkap melihatkan yang dia melakukan jenayah itu di Taiwan.
Relevan kah ISA?
Semalam sempat saya berceloteh bersama dua orang rakan tentang Raja Petra dan ISA. Sehingga kini, saya yakin ISA (Internal Security Act) masih lagi relevan tetapi tidak seharusnya disalah gunakan oleh parti-parti bagi tujuan politik. Namun, ISA sangatlah penting bagi mengelakkan kekacauan di dalam negara. Sebagai informasi, menurut rakan saya yang merupakan seorang konsultan undang-undang menceritakan betapa pihak USA dan UK mencemuh kita tentang adanya ISA sebelum Sept 11, 2001. Kini, mereka tidak berputus-putus mahukan pandangan kita tentang ISA dan mereka juga mengemulasinya.
Tidak perlu kita pandang tinggi kepada mereka. Kita bukan lagi negara yang mentah. Jika kita begitu mengharapkan undang-undang yang dibuat dunia ini, penuh prosedur dan penuh kertas kerja. Terlalu lambat! Sempat juga saya memberi contoh kisah Ayah Pin, sepatutnya dia diberkas mengikut akta ISA. Namun oleh kerana waran tangkap yang dijadikan sandaran, Ayah Pin masih bebas sehingga kini.
Mahukah anda perkara ini berulang? Pokoknya sekarang, perbaiki ISA, bukanlah 'ABOLISH'-nya sahaja sepertimana yang dicadangkan rakan saya itu.
No law is perfect. Lihatlah apa yang berlaku kepada kes bunuh yang ditutup kerana laporan tidak lengkap. Ini jelas bahawa undang-undang dunia masih banyak mempunyai kelemahan. Atas kerana laporan tidak lengkap, dua orang pembunuh bebas? Ini mungkin persoalan yang timbul di kalangan rakyat.
Perbaiki. Bukan cakap-cakap saja.
p/s: Raja Petra adalah seorang yang berani. Tetapi beliau lupa cara berdakwah yang ditunjukkan Nabi. Cara yang berhemah! Janganlah jadikan cemuhan sebagai aset tetapi cara yang penuh tertib dan berhemah. Jangan berani berkata 'berhemah is irrelevant'. Bukankah itu cara yang diajar Nabi? Adakah anda berkata Nabi itu tidak relevan? Baginda mengharungi segala tentangan yang ada tetapi kini, baginda amatlah disegani dan dihormati.
Saya bukannya mahukan Raja Petra menjadi nabi baru. Saya cuma minta Raja Petra ikut sunnah nabi cara berdakwah. Jangan hanya mahu menang sorak dan menjadi kontroversial!
Sebab itu saya tidak respek Raja Petra. Artikelnya penuh tohmahan dan emosi.
Tidak ubah seperti blog-blog saya dahulu. Benar tetapi penuh kontroversi.
Blog hangat Jeghui.